Mat Sabu letak jawatan agensi kerajaan Pulau Pinang
(BH) – Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan akan meletak jawatan yang disandangnya di bawah kerajaan Pulau Pinang berkuakuatkuasa minggu ini.
Mohamad atau Mat Sabu berkata, jawatan itu adalah ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Air Pulau Pinang serta Ahli Lembaga Halal Hub Pulau Pinang.
Katanya, keputusan itu diambil susulan keputusan Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-61 meluluskan usul tanpa bahas dikemuka Dewan Ulama PAS pusat sebelum ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
“Ini saya mulakan pada diri saya sebagai mematuhi resolusi ulama, nanti kalau tak patuh, orang akan kata saya lawan ulama pula.
“Maka saya mulakan pada diri saya, diikuti dengan rakan-rakan lain di Pulau Pinang dan seterusnya di Selangor.
Jangan bimbang kita akan kuat bila kita keseorangan,” katanya dalam ucapan penggulungannya sempena muktamar itu, sebentar tadi.
DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, hari ini turut meminta pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinan DAP itu untuk meletakkan jawatan.