Selepas muktamar, pengarah pilihan raya PAS Sarawak keluar parti


MUKTAMAR_PAS_61ST_040615_TMINAZIRSUFARI_13

(TMI) – PAS menerima tamparan hebat selepas muktamar ke-61 baru-baru ini apabila Pengarah Pilihan Raya Sarawak Mohd Fidzuan Zaidi mengambil tindakan keluar daripada parti itu menjelang pilihan raya negeri tidak berapa lama lagi.

Fidzuan keluar PAS beberapa hari selepas kumpulan profesional dibersihkan daripada parti Islam dalam muktamar paling sengit itu.

“Saya juga mendengar mengenainya tetapi saya akan semak perkara ini dengan pesuruhjaya PAS negeri sebelum dapat mengesahkannya,” kata Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak Abang Ahmad Kerdi Abang Masagus kepada The Malaysian Insider.

Abang Ahmad sebelum ini dalam tulisannya juga menolak sebarang pelantikan dalam PAS di peringkat pusat dan negeri selepas ditewaskan secara “block” oleh kumpulan pro Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan, Fidzuan sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada setiausaha agung PAS secara pos selain menghantar salinannya melalui faksimile Isnin lepas.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak tahu mengenainya kerana tidak masuk ke pejabat selepas muktamar kerana jawatan beliau sekarang masih tergantung.

PAS hanya akan melantik setiausaha agung baharu dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pusat malam ini.

Read more here



Comments
Loading...