DAP mahu Exco PAS dipecat atau DUN Selangor dibubarkan


ISKANDAR-ABDUL-SAMAD

(Agenda Daily) – Pihanraya Negeri Selangor dilihat satu penyelesaian bagi mengakhiri kemelut dalam kerakaan Pakatan negeri tersebut dan merupakan pilihan yang dipersetuai DAP.

DAP Selangor telah membuat keputusan untuk mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas.

DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Sekiranya Azmin gagal mengambil tindakan, DAP akan bertindak keluar daripada pentabdiran Negeri Selangor.

Desakan itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar DAP Selangor baru-baru ini, lapor akhbar Sin Chew Daily.

Tiga EXCO Pas itu ialah Datuk Iskandar Samad (gambar), Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidi Abdul Talib.

Dalam masa yang sama DAP tidak menolak kemungkinan DUN Selangor akan dibubarkan berikutan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, pembubaran DUN adalah jalan terakhir yang akan dipilih jika masih tiada penyelesaian.

“DAP akan berjumpa Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bagi membincangkan pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah.

“Namun, saya tidak boleh memberitahu pilihan yang ada. Biar pilihan itu ditetapkan terlebih dahulu sebelum diumumkan,” katanya.

Sinar Harian melaporkan Ahli Parlimen PJ Utara itu berkata, sebarang keputusan diambil tidak akan meminggirkan hak rakyat Selangor.

“Kami akan dengar pilihan yang diutarakan Azmin, jika sesuai, kami akan ikut (pilihan itu). Kami memang mahu selesaikan secara baik, ” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, tidak ada sebab membubarkan Dun Selangor.

Menurutnya, PKR dan DAP sepakat pentadbiran di Selangor perlu diteruskan walaupun PR tidak dapat diselamatkan lagi.

“DAP dan PKR bersetuju Mohamed Azmin Ali kekal sebagai Menteri Besar untuk menerajui pentadbiran negeri ini,” katanya.

Mengulas cadangan bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menggesa PKR memilih PAS atau DAP bagi meneruskan kerjasama di Selangor, Rafizi berkata:

“Itu pendirian dia, dan tertakluk kepada keputusan PAS. Tetapi dalam soal kerajaan baik di Kelantan, baik di Selangor atau Pulau Pinang, ia tertakluk kepada peraturan demokrasi untuk menubuhkan kerajaan iaitu perlembagaan negeri ini menetapkan seperti juga di Parlimen.

“Sesiapa atau seorang ahli dewan yang mendapat majoriti dari ahli dewan lain boleh menubuhkan kerajaan.”

 



Comments
Loading...