Terus berjalan selepas mati… Pakatan Zombi


pakatan rakyat

(Agenda Daily) – Dengar cerita dalam PKR kini bertembung sekali lagi Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Mohamad Azmin Ali.

Kenyataan Azizah bahawa kerjasama terus berjalan PKR, DAP dan PAS masih berteruskan walaupun Pakatan diumumkan oleh DAP sudah mati diketawakan kumpulan Azmin.

“Kalau terus selepas mati… itu zombi,”

Azizah cuba menenangkan keadaan selepas DAP kuat sangat memaksa Azmin, yang diketaui jika terpaksa memilih antara dua akan memilih PAS di Selangor.

Semuanya gara-gara ulah DAP mahu kerajaan Selangor memutuskan hubungan dengan PAS, memecat Exco dan pegawai-pegawai lantikan PAS diperingkat negeri.

DAP dengan jelas meletakkan tarikh akhir untuk Azmin berbuat demikian adalah antara selepas Aidilfitri sehingga September.

Jika baca kronologi kedudukan Azmin sebagai MB, beliau dilantik dengan sokongan PAS dan lima ADUN PKR yang membuat Akuan Bersumpah kepada Sultan Selangor bahawa mereka menarik balik sokongan kepada Azizah dan menyokong Azmin sebagai MB.

Selepas itu barulah, Azmin dilantik Sultan sebagai Dato Menteri Besar Selangor.

DAP mahu Azizah, dulu dan kini, kerana percaya lebih mudah berkerja dengan Azizah yang menurut berbanding dengan Azmin yang mengarah.

Sebab itulah ketika Pakatan dikatakan sudah mati.

Wujud pertembungan terbuka antara kumpulan Azmin yang disokong PAS dan Azizah yang disokong DAP merebut dan mencatur kerajaan Selangor.

Bagi PAS semuanya jelas… mereka tidak akan meninggalkan kerajaan Selangor semudah A,B dan C.

Bukan kerana mereka gila jawatan dan takut jadi pembangkang… tetapi Selangor adalah tapak PAS mengembangkan pengaruhnya di Pantai Barat Semenanjung.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali dipetik berkata PAS tetap dengan pendirian untuk tidak akan sekali-kali meninggalkan kerajaan PKR Selangor meskipun parti itu kini telah terputus hubungan dengan satu lagi sekutunya, DAP.

Menurut beliau semua pemimpin PAS terutama Exco negeri itu telah diarah supaya jangan sekali-kali meninggalkan kerajaan negeri, sebaliknya akan terus bersama mentadbir Selangor.

Malah jelas beliau, PAS sejak dahulu lagi terutama sewaktu krisis Menteri Besar Selangor di bawah pemerintahan Tan Sri Khalid Ibrahim masih bersama-sama dalam kerajaan negeri, sekali gus berjaya menyelamatkan kerajaan Selangor.

“Pendirian PAS Pusat sendiri mahu supaya PAS Selangor jangan tinggalkan kerajaan Selangor dan PAS tak pernah tinggalkan kerajaan Selangor. Dulu pun ketika semasa Tan Sri Khalid pecat semua Exconya, PAS masih dalam Exco dan mereka selamatkan kerajaan Selangor.

“Kalau Pas tinggalkan Selangor dan tiada dalam kerajaan itu (Selangor), tiada lagi kerajaan,” katanya.

Ada pihak membayangkan jika PAS dan DAP masih bersama dalam kerajaan Selangor dan PKR mengambil jalan selamat dengan terus bekerjasama dengan kedua-duanya, keadaan itu boleh mencetuskan suasana politik tidak stabil dan penuh hipokrit.

Ketika PAS mengumumkan pendiriannya itu, timbul desas-desus bahawa kemungkinan sebilangan pemimpinnya akan ‘beralih arah’ jika parti alternatif diwujudkan bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Mustafa berkata, keadaan di Selangor berbeza dengan di Pulau Pinang kerana PAS hanya mempunyai satu kerusi dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP, menyebabkan mereka boleh diperlekehkan.

Beliau memberitahu, DAP lebih bergantung kepada PKR dan bukan Pas untuk memerintah Pulau Pinang dan atas faktor itu, DAP tidak boleh sewenang-wenang mengambil mudah terhadap sokongan PKR.

“DAP jangan pula cakap mereka tak bergantung kepada PKR, jangan. Kalau PKR pull out kerajaan (Pulau Pinang) jatuh. Dengan PAS bolehlah cakap (DAP pandang rendah PAS) sebab PAS ada satu kerusi saja,” katanya.

 



Comments
Loading...