DAP Perlu Hormati Pendirian PAS


bp2.blogger.com__RuLNIIf3h2Y_SIyHosOazZI_AAAAAAAACEk_acSz8EnqXX0_s200_May+30+-+Nizar

PAS yang mempunyai lima ADUNnya dan juga PKR juga mempunyai lima ADUNnya memustahilkan Dato’ Seri Nizar dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang kerana ADUN DAP mempunyai kelebihan yang sepatutnya. 

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur tidak bersetuju dengan pendirian DAP Negeri Perak yang majoriti sebagai pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang mempunyai 18 orang ADUN masih mengekalkan Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak. Ini kerana PAS yang mempunyai lima ADUNnya dan juga PKR juga mempunyai lima ADUNnya memustahilkan Dato’ Seri Nizar dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang kerana ADUN DAP mempunyai kelebihan yang sepatutnya. Di dalam keadaan sekarang ini juga kedudukan Dato’ Seri Nizar bukan lagi memegang jawatan utama di dalam PAS perlu diambil kira oleh DAP.

Dalam masa yang sama juga kedudukan Pakatan Rakyat (PR) memperlihatkan kewajaran kedudukan Dato’ Seri Nizar dinilai semula dan diserahkan kembali kepada DAP sepatutnya. Kami mendesak agar Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menasihatkan Dato’ Seri Nizar agar melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang dan diserahkan kembali kepada DAP ataupun DAP ingin menyerahkannya kepada ADUN PKR. PAS Perak perlu membuat pendirian agar menolak jawatan Ketua Pembangkang tersebut setelah episod ‘serangan’ DAP terhadap Presiden PAS dan Majlis Syura PAS sebelum ini.

 

Ini mengambil kira juga rakan-rakan kita di Negeri Pulau Pinang dan Selangor dengan apa yang berlaku pada masa kini. Bagi kami, DAP perlu menghormati pendirian PAS di dalam perkara ini dan dengan mengekalkan Dato’ Seri Nizar bukan jalan terbaik mengukuhkan keadaan hubungan antara PAS dan DAP. Ini kerana tomahan selama ini bahawa PAS ‘boneka’ DAP akan menjadi senjata UMNO / Barisan Nasional (BN) jika Dato’ Seri Nizar dikekalkan. Ataupun jika DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang DUN ini kekal kepada PAS, biar PAS tentukan siapakah yang paling layak mendudukinya. Ataupun juga serahkan kepada Majlis Pimpinan PR untuk menentukan siapakah yang sebenarnya paling sesuai menduduki kerusi tersebut!

 

 

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.



Comments
Loading...