Rampasan Kuasa Pertama Di Malaysia
Adakah ianya satu perkara yang cukup memalukan apabila anda membuat tuduhan terhadap seseorang kemudian terbongkar pula bahawa anda dan/atau anak-anak anda pula merupakan pihak yang menerima wang tersebut? Ya, dalam perkara tersebut, saya juga mahu Najib dibenamkan sebelum kebenaran terbongkar.
Azmy Kelana Jaya
Politik Malaysia makin bertambah menarik dan membuatkan kita mengimbau kisah enam orang jeneral Indonesia pada 1 Oktober 1965. Ianya merupakan hari dimana enam orang jeneral telah dibunuh dalam rampasan kuasa yang mencetuskan peperangan sehingga menyebabkan kematian 500,000 rakyat Indonesia.
Sekiranya gerakan anti-Perdana Menteri berjaya menurunkan Najib Tun Razak, ianya akan menjadi sejarah rampasan kuasa Malaysia yang pertama pula, 50 tahun selepas Indonesia. Dan sejarah mungkin akan diingati sebagai Hari Enam Tan Sri – empat yang dalam kenyataan akhbar di atas manakala dua pula saya pasti anda tahu siapa mereka.
Dan yang cantiknya berkenaan rampasan kuasa ini adalah ianya tidak memerlukan penglibatan tentera sama sekali sepertimana di Indonesia, sekadar dengan menggunakan media untuk mencapai matlamat tersebut. (pada tahun 1965, internet belum lagi digunakan, jika tidak sudah tentu mereka juga akan menggunakan medium internet ini)
Sebutlah apa sahaja, ini semua merupakan peperangan persepsi dan media digunakan dalam peperangan ini. Pada tahun 2007 apabila kita mengatakan bahawa kerajaan atau parti yang memerintah baru dalam arena ini, dan pembangkang telah lama dalam peperangan persepsi ini dan telah berjaya hampir sepuluh tahun yang lepas sejak 1998, para pakar dan mahaguru seperti “the Minister of Erection-once-every-five-years” mengejek dan memperkecilkan kita.
Namun keputusan Pilihanraya Umum 2008 membuktikan apa yang kami kata adalah benar dan sekarang masa untuk kami pula mengejek dan memperkecilkan kerajaan. Tiga bulan kemudian, Barisan Nasional telah bermesyuarat dan menganalisa autopsi yang dibuat ke atas Pilihanraya Umum 2008 dan mereka terpaksa mengakui bahawa kami betul dan mereka salah.
Bak kata pemimpin DAP, sebagaimana yang mereka faham, Najib dan Kerajaan (maksudnya UMNO dan Barisan Nasional) perlu disabitkan bersalah kecuali dan sehingga mereka dibuktikan tidak bersalah. Dan pemimpin DAP ini berkata mereka tidak berminat dengan perbicaraan di mahkamah kecuali perbicaraan mahkamah rakyat. Dan mereka akan menggunakan pendapat awam untuk mengumumkan Najib dan kerajaan bersalah dan mereka akan menggunakan apa yang kita tahu untuk mengantung Najib dan Kerajaan tunggang terbalik.
Ini lah permainan mereka. Ianya merupakan permainan persepsi dan perbicaraan oleh media dalam mahkamah rakyat awam. Adakah mereka yang muda dan tidak berpengalaman dalam pejabat Najib terlalu bodoh untuk memahami perkara ini? Oleh itu, apa yang mereka lakukan?
Gerakan anti-Najib tidak mahu menunggu pihak berkuasa atau PAC melengkapkan penyiasatan mereka. Bagaimana kalau pihak berkuasa atau PAC mendapati Najib tidak bersalah terhadap semua tuduhan dan mereka tidak menjumpai sebarang bukti bagi mensabitkan Perdana Menteri bersalah dalam salahguna kuasa ataupun mencuri? Tambahan pula, ini adalah tuduhan dan sekiranya kecurian tidak dapat dibuktikan maka dengan sendirinya kes terhadap Najib itu gugur.