Banyak Pertempuran Dalam Perang 1MDB


najib-WSJ

Keseluruhan strategi bergantung kepada hanya satu fakta: RM2.6 bilion dana 1MDB  telah dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. Namun adakah itu merupakan wang 1MDB? Adakah itu akaun bank peribadi Najib? Atau adakah wang tersebut bukan milik 1MDB tetapi wang lain? Adakah ianya bukan akaun bank peribadi Najib tetapi merupakan akaun Pemegang Amanah?

PRU14

Wujud peperangan. Terdapat banyak pertempuran yang membentuk peperangan. Kadang-kala anda menang banyak pertempuran tetapi anda kalah peperangan tersebut. Kadang-kala pula anda kalah banyak pertempuran tetapi anda menang dalam peperangan tersebut. Demikian itu merupakan sifat pertempuran dan peperangan yang ianya amat sukar untuk diramalkan sehinggalah peperangan tersebut tamat.

Kebanyakan daripada kita melihat isu 1MDB hanya dari sudut tertentu, atau dari satu sudut sahaja. Saya melihat ia sebagai medan dalam peperangan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan orang yang menjadikan dia Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ya, itulah kesimpulannya. Tuhan memberi, Tuhan jugayang boleh merampasnya. Saya jadikan anda, supaya dapat kalahkan anda. Saya jadikan kamu Perdana Menteri, saya juga boleh pecat anda dari jawatan Perdana Menteri. Ia berkisar kepada isu tersebut sahaja.

Ditipu sekali dan anda boleh dimaafkan. Ditipu dua kali dan yang membuatkan anda kelihatan bodoh. Dan Tun Dr Mahathir tidak sanggup ditipu buat kali kedua.

Mula-mula dia lantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri. Kemudian beliau menghabiskan 15 bulan memberitahu Abdullah mengenai apa yang dia mesti lakukan sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri sebelum benar-benar menyerahkan jawatan tersebut kepadanya pada 1 November 2003.

Larangan telah pun dipersetujui. Abdullah perlu melakukan beberapa perkara tertentu apabila beliau mengambil alih dan ada beberapa perkara yang dia perlu elakkan. Walau bagaimanapun, selepas beliau mengambil alih, beliau telah melakukan perkara-perkara beliau tidak sepatutnya lakukan dan tidak dapat melakukan semua perkara dia sepatutnya lakukan.

Dr Mahathir benar-benar naik angin. Beliau secara terbuka ‘mendera” Abdullah sepertimana dia sekarang lakukan kepada Najib. Dan Abdullah menjawab bahawa beliau dan bukan Dr Mahathir yang menjawat jawatan Perdana Menteri. Jadi, sebagai Perdana Menteri, beliau akan lakukan apa yang dia mahu dan tidak apa yang Dr Mahathir mahukan.

Dengan itu,  Abdullah telah menandatangani waran kematian sendiri. Jadi, hanya tiga tahun selepas Abdullah mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir telah membuat langkah untuk menyingkirkannya. Dan tiga tahun kemudian Abdullah mengundurkan diri apabila beliau tidak lagi boleh menghadapi desakan tersebut.

Sebelum mengundurkan Abdullah, Dr Mahathir berbincang dengan dua pengganti yang berpotensi, Tengku Razaleigh Hamzah, pilihan pertama beliau, dan Najib, pilihan kedua.

Dalam mesyuarat awam di hadapan 1,000 ahli-ahli Umno pada tahun 2008, Dr Mahathir mengumumkan bahawa Perdana Menteri selepas Abdullah perlu memerintah dengan konsep proksi. Sebuah Majlis Presiden akan dilantik untuk bertindak sebagai de facto Perdana Menteri dan yang akan ‘membimbing’ Perdana Menteri.

Dr Mahathir tidak akan membuat kesilapan kali kedua selepas kesilapan pertama beliau dengan Abdullah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...