Enam Tan Sri Menari Rentak Berbeza
Ada yang tidak kena dengan perkara ini. Dalam keadaan anda tidak tahu sama ada terdapat sebarang wang yang hilang. Namun anda pergi mencari wang tersebut sebelum anda mendapat pengesahan bahawa wang itu hilang. Sebagai contoh, anda mendengar kejadian rompakan bank. Anda mendengar kononnya si polan telah merompak bank. Jadi anda pun menceroboh rumah si polan untuk mencari wang tersebut tanpa mendapatkan pengesahan dari pihak bank sama ada berlaku sebarang rompakan.
PRU14
Ini kelihatan seperti keenam-enam Tan Sri ini menari dengan rentak yang berbeza. Sekiranya mereka mahu membuat sebarang konspirasi maka mereka perlu belajar menari lagu yang sama. Ia tidak mewujudkan konspirasi apabila masing-masing terus mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan bergerak dalam arah yang bertentangan.
Konspirasi hanya berjaya diwujudkan apabila semua pihak bergerak ke arah objektif yang sama dengan menggunakan pelan tindakan atau strategi yang sama juga. Namun sekiranya tangan kiri tidak mengetahui apa yang tangan kanan lakukan maka konspirasi akan gagal dengan sendiri. Jika ini cara mereka melaksanakan strategi mereka maka bagaimana mereka mampu mencapai matlamat untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada penghujung Julai ini?
Enam orang Tan Sri ini perlu duduk dan membincangkan pelan tindakan mereka dan membuat keputusan mengaturkan tugas kepada semua pihak. Kita tidak boleh mempunyai seorang Tan Sri yang sumpah-seranah atas kubur ibunya bahawa dia akan memburu mereka yang membocorkan maklumat sulit kepada Wall Street Journal dan satu lagi Tan Sri yang menafikan bahawa pegawai bank beliau terlibat dalam kebocoran maklumat.
Jika sorang Tan Sri menafikan bahawa tiga orang pegawai kanan Bank Negara Malaysia sedang disiasat kemudian bagaimana pula seorang lagi Tan Sri tahu bahawa mereka tidak bersalah menjadi sumber kebocoran tersebut? Adakah anda tidak perlu menyiasat terlebih dahulu mengetahui dan memastikan bahawa mereka tidak melakukan yang kebocoran tersebut? Namun sekarang mereka tahu pegawai-pegawai Bank Negara yang tiga ini tidak bersalah dengan tidak menjalankan siasatan.
Benar, bagai dikata bahawa isu ini tiada kena mengena dengan soalan-soalan yang telah ditanya tentang apa yang berlaku kepada 1MDB dan RM42 bilion dan sama ada dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa RM42 bilion telah hilang masuk begitu sahaja adalah benar atau pun tidak.
Walau bagaimanapun, saya tidak mahu membincangkan perkara itu. Perkara itu sedang disiasat oleh Pasukan Petugas Khas dan PAC. Oleh kerana mereka sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh maka biarkan mereka yang memberitahu kepada kami sama ada RM42 bilion wang 1MDB itu hilang atau pun tidak.
Jadi mari kita ketepikan masalah itu sekarang. Saya sedang membincangkan konspirasi untuk menyingkirkan Perdana Menteri, bukannya apa yang berlaku kepada wang di 1MDB. Kami mempunyai dua Kumpulan berprofil tinggi meneliti 1MDB. Saya sedang mencari plot menyingkirkan Perdana Menteri dan menggantikan beliau dengan seseorang proksi Perdana Menteri supaya ‘de facto’ Perdana Menteri boleh memerintah Malaysia.
Itulah fokus ‘siasatan’ saya.