MCMC blocks access to Sarawak Report website


clare-brown

(The Star) – Access to the Sarawak Report website has been blocked by the Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) on grounds that it may undermine the stability of the country.

In a post on its Facebook site, the MCMC said the website was blocked after receiving numerous complaints from the public that it was posting unsubstantiated information.

“The website has been blocked under Section 211 and Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998,” said the MCMC.

It also said access would be blocked until the Special Task Force looking into 1Malaysia Development Bhd (1MDB) completed its investigations.

It advised the public to be cautious when sharing information over social media, which could cause unrest and destabilise the country if it was false.

The Sarawak Report website has been a main source of allegations of wrongdoing regarding 1MDB, and has published several stories on the Government investment firm.

Kenyatan Media:
MCMC SEKAT LAMAN SESAWANG YANG MENGGANGGU-GUGAT KESTABILAN NEGARA

CYBERJAYA, 19 Julai 2015 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org), kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

Sehubungan itu, MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu. Kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi.

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di [email protected]

 



Comments
Loading...