Gerakan Harapan Baru dan alternatif politik baru


imgres

Arvin Tajari

Pengumuman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumumkan minggu lepas boleh dikatakan sesuatu yang mengejutkan bagi para ahli PAS. Tetapi tidak pada para penganalisi politik yang mengkaji trend dan juga budaya politik dalam komtemporari. Gerakan ini dilihat sebagai Gerakan yang menjadi alternative baru bagi para pengundi sekiranya Gerakan ini dapa memacu dan juga memandu politik islam yang baru.

Tidak sampai dua bulan dari muktamar PAS, golongan ini yang ramai mengenali mereka sebagai golongan professional membuat keputusan untuk membuat gerakan baru sebagai langkah untuk setia dalam Pakatan Rakyat yang umum mengetahui sudah berkubur. Tindakan mereka boleh dikatakan tindakan yang sangat luar biasa yang dibuat oleh ahli-ahli PAS yang sudah puluhan tahun bersama dengan PAS.

Walaupun baru, tetapi Gerakan ini mungkin tidak dapat dinafikan mempunyai kekuatan tersendiri dan dalam masa yang sama juga mempunyai kelemahan yang akan menjadi halangan kepada mereka dalam mendepani politik semasa.

Antara kekuatan yang dapat dilihat pada GHB ini ialah mereka adalah golongan dalam PAS yang sangat dikenali dalam mendepani isu-isu rakyat. Dengan isu kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang dan sebagainya mereka dilihat selalu mengetuai demonstrasi yang menentang Regim/Kerajaan yang dikatakan tidak mengambil isu kebajikan golongan rakyat marhaen. Kelantangan mereka yang didasari dengan hala tuju Pakatan Rakyat sebelum ini sebenarnya menjadikan mereka cukup sinonim dengan perjuang rakyat bawahan.

Justeru itu, tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP dan sekali gus membawa kepada berkuburnya PR menjadikan mereka golongan yang tersepit diantara Parti sendiri dan juga hala tuju PR yang lebih besar. Hal ini ditambah dengan pola mengundi yang semakin menunjukkan perubahan yang jelas terutama di kalangan anak muda yang lebih mementingkan isu kebajikan rakyat berbanding isu keutamaan parti seperti PRU sebelum ini.

Selain itu, mereka juga mempunyai sokongan yang juga boleh dikatakan kuat dikalangan generasi-generasi muda di kawasan Bandar dan juga golongan terpelajar. Hakikiat ini boleh dilihat melalui media social yang cukup hebat memperkatakan kekalahan mereka pada muktamar yang lepas yang menunjukkan golonagn pengundi muda sebenarnya menyokong mereka. Akan tetapi, kekalahan pada muktamar yang lepas menjadikan mereka seperti tidak diperlukan lagi dalam PAS terutama dalam menegakkan isu-isu rakyat yang mana PAS dikatakan sedikit lunak kepada BN terutama dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Melihat kepada perlunya alternatif baru yang dilihat perlu terutama di masa-masa politk Malaysia tidak menentu dengan isu ketirisan kerajaan dalam isu 1MDB, Tabung Haji, MARA, FGV dan banyak skandal yang melibatkan ahli politik berprofil tinggi di Malaysia membuatkan tindakan mereka boleh dikatakan tepat pada masanya. Terutama kegagalan utama pimpinan PAS mengetengahkan hal ini kepada masyarakat awam.

Selain itu, antara kekuatan mereka adalah sambutan masyarakat Bandar yang datang dari pelbagai latar yang berbeza. Pada PRU 13 yang lalu, untuk pertama kalinya dalam sejarah politik PAS dan juga Malaysia menyaksikan masyarakat bukan islam mengundi PAS yang mana PAS bersama-sama dengan PKR dan juga DAP dalam koalisi parti Gerakan yang menjadi koalisi yang terkuat sepanjang sejarah politik Malaysia.

Antara kelemahan yang perlu diambil kira oleh GHB ialah kekuatan ahli. Walaupun masih baru, tetapi GHB juga perlu memikirkan sokongan dari ahli-ahli yang ada dalam PAS. Kekuatan ahli juga memainkan peranan penting dalam PRU yang akan datang. Umum mengetahui yang PAS mempunyai kekuatan ahli yang tidak boleh dinafikan sangat kuat. Sebaliknya, GHB mungkin hanya mendapat sokongan dari ahli-ahli yang mungkin datang dari latar belakang pendidikan dan juga pekerjaan yang stabil. Jika dilihat pada PAS, ahli-ahli mereka adalah ahli yang istiqamah dalam gerakkan terutama dalam Pilihanraya Umum yang boleh di mobilisasi dengan masa sekejap sahaja.

Selain itu, antara kelemahan yang mungkin juga boleh diambil kira adalah sokongan dari kawasan luar Bandar. GHB mungkin boleh melebarkan sayap mereka diperingkat Bandar-bandar besar terutama di negeri utama seperi Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pulau Pinang. Tetapi, sokongan melayu luar Bandar boleh dikatakan sedikit lemah. Hal ini menjadikan mereka hanya mampu, bergerak di kawasan utama sahaja. Sedangkan kawasan luar Bandar terutama pengundi melayu yang boleh dikatakan masih konservatif mungkin hanya menjadikan BN atau PAS sebagai pilihan mereka sekiranya BN pandai menggunakan isu perkauman dan juga islam dalam PRU akan datang. PAS pula boleh dikatakan sangat utuh di negeri Kelantan. Oleh itu, usaha yang lebih perlu untuk megambil hati pengundi kawasan luar Bandar.

Kesimpulannya, GHB ini boleh dikatakan alternatif yang baru kepada pada terutama dalam konteks politik yang matang. Agenda mereka yang sedikit sebanyak kurang dipersetujui oleh golongan konservatif agama, membuatkan tindakan mereka adalah matang. Terutama agenda Negara Islam yang menjadi agenda utama PAS sejak dulu lagi. GHB pula yang kurang melihat agenda Negara Islam secara teoritikal lebih mementingkan politik yang lebih islami dengan mengetengahkan isu-isu yang lebih utama seperti urus tadbir, rasuah dan sebagainya.

 



Comments
Loading...