KENYATAAN MEDIA


zahid hamidi

DATO SRI ZAHID HAMIDI
MENTERI DALAM NEGERI

1. Saya ingin merujuk kpd campurtangan individu warga asing terhadap urusan dalaman di negara ini. Jika terdapat unsur-unsur jenayah dilakukan oleh Clare Brown, bilateral dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain.

2.  Tergantung atas siasatan muktamad PDRM kelak, KDN akan berurusan secara rasmi melalui Wisma Putra dengan kerajaan British jika terdapat ‘prima facie’ bagi tindakan perundangn dilakukan terhadap Clare Brown.

3. Kerjasama antara PDRM dan Scotland Yard sudah sedia terjalin. Ini akan memudahkan tindakan susulan dibuat bagi melakukan ekstradisi jika diperlukan.

4. Sebagaimana prinsip ‘soverignity’ yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain.

5. Biarpun kebebasan pendapat diraikan oleh Malaysia, namun sebarang maklumat yg dipinda dan diada-adakan tidak boleh diterima. Apatah lagi jika paparan berita atas talian oleh Clare Brown mempunyai niat jahat.

 



Comments
Loading...