Salleh Said Keruak angkat sumpah Senator


salleh-keruak

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

(FMT) – Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Rabu.

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang berpindah ke portfolio Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Mohd Salleh berkata, beliau akan berkhidmat berpandukan kepada prinsip kerja berpasukan.

“Sebagai seorang anggota jemaah Menteri saya sentiasa mematuhi bimbingan dan panduan daripada Perdana Menteri untuk menjalankan tugas ini,” katanya.

 



Comments
Loading...