Apa strategi Lim Guan Eng?


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Seseorang telah menghantar pautan berita ini kepada saya:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/will-you-apologise-now-for-defending-najib-dap-asks-hadi

Saya tersenyum membacanya. Tersenyum kerana saya tidak menyangka sama sekali LGE boleh menjadikan berita yang di spin saban hari oleh media TMI sebagai “prime source” rujukan beliau. Saya sebenarnya tidak faham apakah dendam LGE terhadap TGHH sehingga dalam tempoh setahun ini (Julai 2014 -Julai 2015) rekod yang dikumpul menunjukkan Sdr LGE bertindak menghentam TGHH tidak kurang dari 20 kali dalam kenyataan dan ucapan beliau. Semuanya bersumber dari maklumat yang salah, dan jauh dari maksud sebenar apa yang disebut oleh TGHH.

Hanya satu sahaja kesimpulan saya pada saat ini. Samada LGE mempunyai masalah kesihatan yang serius untuk memahami bahasa tulisan dan pertuturan yang mudah, atau pun beliau sememangnya bukan ahli politik yang faham bahasa politik.

Atau adakah mungkin semua ini adalah sebahagian strategi LGE dan strategis beliau untuk menimbulkan kemarahan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara! Tapi untuk apa ya?

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

 



Comments
Loading...