AJK UMNO Pasir Gudang Serah Memorandum Minta Najib Berehat..!


najib memorandum

Memorandum minta PM rehat diserah

Putra Merdeka

Sepatah kata Khaled Nordin semalam…

‘Menurut Mesti Berakal, Menentang Mesti Beradab’..!

Memorandum minta PM rehat diserah

NASIONAL

OLEH HAMDAN OTHMAN DI PASIR GUDANG

Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. 

Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum.

Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi.

“Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini.

“Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu,” katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.

Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.

“Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh.

Read more here

 



Comments
Loading...