Rekod Mahathir semasa jadi PM teruk – Nazri Aziz


nazri-aziz_mahathir

Nazri Aziz berkata Dr Mahathir memporak-peranda sistem kehakiman negara dan memanipulasi ISA untuk mendiamkan musuh politiknya.

(Free Malaysia Today) – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak mengkritik kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau mempunyai rekod yang teruk sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Dr Mahathir telah memporak-perandakan sistem kehakiman di negara ini apabila memecat Ketua Hakim Negara dan menyalahguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

“Saya ingat Dr Mahathir ini telah lupa. Dia rasa macam dia jadi Perdana Menteri ni ok sangat, bagus sangat..masa dia tulah sistem undang-undang kita habis dibongkarnya, dibuangnya Ketua Hakim.

“Kalau dia tak pernah jadi Perdana Menteri..tak pernah ada rekod jadi Perdana Menteri, dia nak blame (salahkan) kita, takpelahlah. Ni rekod dia pun teruk,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Seminar Antarabangsa Digital Preservation : Are We On The Right Track di sini pada Rabu.

Nazri berkata, kerana dendam kesumat bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berdasarkan kemarahan bukan kepada pertimbangan waras.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...