Penyiksaan Terhadap Raja Petra Kamarudin
PRU14
Mungkin CBNGO tahu sesuatu yang RPK tahu tetapi terlalu takut jika maklumat tersebut mungkin dibocorkan kepada media dan dengan itu mahu”tanam” RPK bersama-sama dengan ‘Pelan X’? Mungkin CBNGO takut yang RPK tidak lama lagi akan memberitahu rakyat Malaysia apa Pelan X sebenarnya?
”The cats are out of the bag”maka rahsia dengan cara tidak sengaja telah terbongkar. Dan, seperti biasa, ianya memerlukan Raja Petra Kamarudin (RPK) untuk mendedahkan secara terperinci perancangan yang telah untuk menyingkirkan Dato’ Seri Najib Razak dari pejabat beliau. Jika perancangan tersebut sempurna maka sesungguhnya RPK tidak akan tahu mengenai Pelan A, B, C dan Pelan X. Oleh itu, perancangan tersebut paling tidak sempurna, dan RPK telah membuktikan sekali lagi bahawa beliau benar-benar peka terhadap suasana politik Malaysia.
Dalam politik, orang sentiasa bercakap. Pemberi maklumat dari kalangan orang-orang yang mengadakan persepakatan melawan Najib mula bercakap dari segi timbal balik dan mendedahkankan usaha untuk mengusir Perdana Menteri dari tampok kekuasaan. Sekiranya mereka tidak bekerjasama maka kita akan pastikan lebih banyak tangkapan akan dibuat.
Walaubagaimanapun, kini saya datang untuk memberitahu apa yang anda mungkin sudah tahu dan apa yang ramai daripada UMNO dan barisan pembangkang mungkin tidak tahu; bahawa rancangan itu tidak lagi sekadar mengusir Najib dari tampok kekuasaan. Pelan tersebut adalah untuk membenamkan dengan menggunakan perundangan dan teknikal, dengan rampasan kuasa yang “fell flat on its face” dalam keadaan yang cukup memalukan.
Saya akan beritahu mengenai pelan baru tersebut dalam artikel lain. Dalam artikel ini, mari kita hanya fokus kepada rancangan untuk membenamkan Raja Petra Kamarudin oleh beberapa orang pemberontak “Fifth Column”.
Najib yang ‘senyap’ telah “pre-empted” lebih kurang setiap usaha menafikan institusi demokrasi dengan cara penipuan. Tambahan pula Ketua Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya gerakan sulit untuk memendekkan jangkamasa Najib di pejabat. Najib yang ‘senyap’ telah menghantar sentakan yang sama kepada mereka yang bersekongkol ” Confederates of the Fifth Column (COFC)” sebagaimana yang Amerika hantar ke Jepun berikutan serangan ke atas Pearl Harbour.
Dalam erti kata lain, Najib menghantar mesej kepada Mahathir; jangan bangunkan harimau yang sedang tidur, kerana mengaum dengan kuku yang tajam. Dengan mengasah kuku, Najib merangkak ke dalam satu demi satu konspirasi, panas menjejaki beberapa kumpulan pemberontak “Confederates of the Fifth Column (COFC)” yang keluar untuk menggulingkan beliau.
Dalam lingkaran siber yang penuh dengan spekulasi perancangan sulit oleh individu dari pelbagai agensi berkanun untuk membenamkan Najib. Ianya tidak segera timbul samada individu-individu ini mempunyai kaitan dengan orang asing untuk menggulingkan kerajaan Malaysia, atau adakah mereka sedang dimanipulasi oleh pengantara. Namun ada di antara individu-individu ini nampaknya mempunyai kaitan rapat dengan Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Peguam Negara.
Pada 13 Julai 2015, nada konspirasi telah ditetapkan dalam satu artikel yang diterbitkan di Malaysia Today. Konspirasi Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Najib telah dijelaskan.Malahanartikel tersebut menerangkan beberapa kemungkinan wujud cubaan dari Mahathir sekutu beliau untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dan seterusnya, Yang di-Pertuan Agong.
Kemudian, pada hari yang sama, beberapa jam kemudian, Ketua Polis Negara membuat kenyataan nengenai gerakan subversif, mengakui kemungkinan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Beliau nyatakan kebimbangan terhadap keselamatan negara apabila berlaku jenayah kebocoran dokumen kepada warganegara asing.
Ketua Polis Negara mungkin telah membayangkan bahawa bangsa asing tersebut merupakan Xavier Andre Justo daripada Petro Saudi dan Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report, kedua-duanya telah dikenalpasti sebagai sekutu, dalam plot untuk menjatuhkan Najib. Ketua Polis Negara mungkin juga membayangkan orang atau kumpulan disekeliling Justo, Clare, atau Dow Jones & Company Incorporated (penerbit Wall Street Journal).
Menurut Khalid, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mengarahkan siasatan penuh tentang kebocoran, yang membawa kepada jejak Bank Negara Malaysia (BNM), Badan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pasukan Petugas Khas yang telah ditubuhkan oleh Peguam Negara sendiri.
Ironinya, Gani telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas tersebut sebelum Wall Street Journal “got its bull to run the shit “ untuk menjalankan siasatan ke atas Najib dengan dakwaan dana 1MDB yang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Namun beliau telah menjadi selebriti sekelip mata dengan pautan blog dan Presiden Bar Council, yang muncul marah atas pemecatan Gani.