Kamal Hisham ditahan di Singapura


kamal hisham

Dia tiba di republik itu dari Timur Tengah bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di sebuah hospital

(Free Malaysia Today) – Polis Johor mengesahkan penangkapan seorang bekas peguam kontroversi yang dikehendaki di negara ini.

Menurut Utusan Online Ketua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, pihaknya telah menghantar pegawai bagi membawa pulang bekas peguam tersebut yang ditahan kira-kira jam 10 pagi Rabu di Singapura.

Difahamkan, individu terbabit Kamal Hisham Jaafar yang berusia 40an tiba di republik itu dari Timur Tengah bagi menziarahi saudaranya yang dirawat di sebuah hospital.

Kamal sebelum ini dicari ekoran dirinya dikaitkan dengan kes jenayah pecah amanah membabitkan wang tunai berjumlah RM660,000 yang dilakukannya tiga tahun lalu.

Sementara itu, Kamal menerusi status di Facebooknya, 31 Ogos lalu menulis, dia tidak takut untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja termasuk dengan Sultan.

Kamal menulis status seperti itu dipercayai kerana mempunyai maksud yang tersirat.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...