Azmin sokong PAS sertai Pakatan Rakyat 2.0


Azmin_Ali

(The Malaysian Insider) – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengulangi pendirian parti itu yang mahu meneruskan kerjasama politik dengan PAS dalam gabungan parti pembangkang baharu bakal dinamakan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Katanya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama membawa perubahan dalam negara, senada dengan pendapat yang disuarakan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Musuh kita hanyalah Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata menteri besar Selangor itu.

“Dan kalau ada pihak, termasuk PAS yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan PAS dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.

“Ini ditegaskan berulang kali,” katanya kepada media selepas menghadiri ‘PJ Half Marathon’ di Petaling Jaya hari ini ketika diminta mengulas sama ada wajar PAS berada bersama PR 2.0 atau tidak.

Khamis lalu Dr Wan Azizah berkata, PKR masih mahu bekerjasama dengan PAS, mengatakan parti itu boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan yang zalim.

 

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...