DEIG: DAP tekan Azmin sebab nak ganti MB…?


azmin-tonypuacc_400_260

(Agenda Daily) – Yang DAP mahu ialah Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tapi Azmin pandai ‘korner’ sehingga beliau dipillih dalam keadaan terpaksa rela.

Isu penubuhan Kumpulan Pelaburan Daruh Ehsan Bhd (DEIG) terus hangat diperkatakan termasuk oleh sekutu PKR dalam kerajaan Selangor, iaitu DAP.

Ramai maklum Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali bukan pilihan pertama DAP untuk jadi MB ganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Yang DAP mahu ialah Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tapi Azmin pandai ‘korner’ sehingga beliau dipillih dalam keadaan terpaksa rela.

Sebab itu, ketika kebimbangan umum mengenai aset kerajaan negeri Selangor bernilai kira-kira RM25 hingga RM30 billion di bawah DEIG, Ahli Parlimen DAP-Serdang, Dr Ong Kian Ming mendesak semakan firma pegangan semasa Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dibuat.

Dalam satu kenyataannya, Ong menyenaraikan isu yang perlu dihadapi di MBI dan berkata, sekiranya Azmin serius mahu menjadikan DEIG sebagai model Khazanah Nasional Berhad, dia perlu menyelesaikan isu ketelusan terlebih dulu.

“Pemeriksaan dengan rakan saya di badan perundangan negeri Selangor mengesahkan bahawa akaun MBI tidak dibentangkan sepanjang lima tahun kepimpinan (bekas Menteri Besar) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Jika Azmin mahu meyakinkan kami bahawa DEIG akan lebih telus daripada Khazanah, perkara pertama yang dia mesti lakukan adalah membentangkan akaun penuh MBI pada tahun akhir pembentangan bajet, tanpa mengira keadaan proses penggabungan dan penyusunan semula di bawah DEIG.

“Lagipun, Khazanah menerbitkan maklumat berhubung prestasi portfolionya selain maklumat terpilih mengenai kunci kira-kira dan penyata pendapatan.”

Tambah Ong, yang lebih memberatkan adalah MBI tidak menyumbang kepada tabung Selangor meskipun memegang aset utama negara.

“Saya terkejut mendapati MBI tidak pernah membuat sebarang sumbangan kepada pendapatan kerajaan negeri Selangor melalui dividennya.

“Saya juga terkejut dimaklumkan bahawa selain Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat yang menyelia kegiatan perlombongan di Selangor, tiada satu pun syarikat milik kerajaan negeri yang lain menyumbang dividen kepada kerajaan negeri dari 2004 hingga 2014.

“Sebagai perbandingan, Khazanah mengumumkan dividen RM900 juta pada 2014 dan telah membayar dividen terkumpul RM7.4 billion sejak 2004.

“Kerana itu, standard ketelusan yang sama seharusnya diguna pakai bagi DEIG.

“Ia adalah untuk meyakinkan bahawa Azmin berjanji bahawa akaun MBI akan dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor apabila kebimbangan awal berhubung DEIG dibangkitkan.

Tetapi, ini hanya langkah pertama dalam usaha membuktikan standard ketelusan di MBI adalah lebih baik daripada Khazanah.”



Comments
Loading...