Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd. Salleh berkata, pihaknya mengesyaki kebocoran maklumat sulit 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) berpunca daripada ahli PAC sendiri.

“Saya berasa hairan dan pelik bagaimana The Wall Street Journal (WSJ) boleh mengetahui dokumen sulit 1MDB yang sepatutnya hanya diketahui oleh Ahli PAC sahaja.

“Semua akaun peribadi mereka harus disiasat secara terperinci kerana berkemungkinan dokumen sulit berkenaan telah dijual kepada WSJ,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.

Menurut Hamdan, perhatian khusus kepada aliran keluar masuk transaksi akaun bank peribadi atas nama mereka perlu dilakukan dengan segera bagi menyelesaikan masalah pecah amanah itu.

Katanya, tindakan menjual dokumen bertujuan untuk menggu­lingkan kerajaan tersebut disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan dan harus ditangani untuk mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan menjual dokumen sulit ini adalah penyumbang kepada campur tangan kuasa asing yang mahu mencatur politik jahat dan merosakkan imej pemimpin negara,” katanya.