Buktikan anda tidak bersalah, Nur Jazlan


nur_jazlan_1908f_620_413_100

Adakah itu punca Muhyiddin mendedahkan konspirasi tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno – sebagai tindakan balas dendam terhadap mereka yang menjadi dalang dalam gerakan menyingkirkan Najib tetapi beliau yang terpaksa menerima akibatnya?

PRU14

Ini adalah apa yang dilaporkan Utusan Online:

Tuduhan Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, Mengenai Penglibatan Ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Yang Menjual Maklumat Mengenai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) Kepada Wall Street Journal (WSJ) disifatkan SEBAGAI Tidak berasas.

Bekas Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Raja Petra tidak mempunyai bukti mengenai perkara itu.

Beliau yang kini Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, UMNO sendiri tidak mempunyai asas untuk menyiasat penglibatan ahli-ahli PAC dalam kalangan parti itu yang menjual maklumat kepada WSJ.

“Jangan dilayan tuduhan Raja Petra ini. UMNO pun tidak ada asas untuk menyiasat tohmahan blog atau portal itu tanpa bukti,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Bekas Pengerusi PAC dan juga Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak ada asas atau bukti bagi saya untuk mengatakan bahawa satu atau lebih daripada ahli-ahli PAC telah menjual maklumat kepada Wall Street Journal. Jelas beliau bercakap bagi pihak semua ahli PAC.

Pertama sekali, bagaimana kita tahu bahawa beliau tidak menjual apa-apa maklumat? Kedua, bagaimana beliau tahu bahawa tidak ada ahli PAC lain yang menjual apa-apa maklumat kepada Wall Street Journal? Ketiga, maklumat yang Wall Street Journal terbitkan datang dari PAC, jadi bagaimana beliau menjelaskan perkara ini?

Bertentangan dengan apa yang Nur Jazlan katakan, terdapat asas untuk mengesyaki bahawa satu atau lebih anggota PAC menjual maklumat kerana hanya PAC mempunyai maklumat tersebut. Lebih penting lagi, apabila seseorang itu dicurigai maka orang tersebut perlu membuktikan bahawa dakwaan itu tidak benar dan sehingga ianya dapat dibuktikan maka orang itu harus dianggap bersalah.

Seluruh episod 1MDB berdasarkan ‘anda bersalah sehingga dan melainkan jika anda boleh membuktikan anda tidak bersalah’. Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga tertakluk kepada piawaian ini. Najib dicabar untuk membuktikan bahawa beliau tidak menipu wang 1MDB seperti yang didakwa dan jika beliau tidak berbuat demikian maka kita perlu menganggap beliau bersalah.

Mengenai dakwaan RM2.6 bilion, Najib juga diminta untuk membuktikan bahawa wang itu tidak datang dari 1MDB dengan menunjukkan kepada kita akaun banknya. Jika Najib tidak menunjukkan kepada kita penyata akaun banknya maka wang tersebut dianggap datang dari 1MDB.

Mengapa Nur Jazlan begitu kecewa apabila beliau tertakluk kepada standard yang sama sebagaimana Perdana Menteri diminta untuk mematuhinya. Dalam ketidakpastian Perdana Menteri diberitahu bahawa sehingga dan melainkan beliau dedahkan semua butiran akaun bank maka kita perlu menganggap beliau bersalah. Beliau dianggap bersalah sehingga dan melainkan beliau membuktikan yang beliau tidak bersalah.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...