Khairuddin ditahan polis


khairuddin-polis

Beliau ditahan mengikut Akta 124C keeana dituduh cuba menggulingkan kerajaan

(Free Malaysia Today) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di kediamannya, lewat petang Jumaat.

Penahanan Khairuddin telah disahkan oleh peguamnya Matthias Chang.

“Khairuddin ditahan di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan,” kata Chang secara ringkas, lapor Astro Awani.

Menurut isterinya, Datin Seri Umie Aida, Khairuddin ditahan di kediaman mereka di Mont Kiara, di sini kira-kira pukul 7.30 petang tadi.

“15 orang anggota polis tiba di kawasan rumah, lima hingga enam orang anggota polis naik ke rumah dan yang lain-lain di bawah.

Menurut Umie, polis turut merampas beberapa barang peribadi milik termasuk komputer riba, telefon bimbit dan kad sim telefon bimbit dari kediaman mereka.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...