Tun M lupa laporan skandal, salah guna kuasa zamannya memalukan Malaysia


mahathir_talk_Sunnis_600

Tun Faisal Dot Com

1. Memang dijangka Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengulang semula cerita yangdikitar semula, yang telah dijawab dan yang telah basi. Kenyataannya ini akan di’spin’ untuk beberapa hari dan tidak lama selepas ini dia akan mengulang lagi perkara yang sama.

2. Tun M memulakan postingnya dengan angkuh, mendakwa dia “telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia,” tetapi sekarang dia “mahu dia (Najib) disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.” Seperti yang disebut oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, dakwaan ini tidak benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk menaikkan Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi mandat kepada BN untuk terus menjadi kerajaan dan ini membolehkan Najib menjadi Perdana Menteri.

3. Tun M menuduh Najib gagal membangunkan negara. Mungkin Tun M lupa, Najib mengambil alih kerajaan di saat negara berhadapan krisis ekonomi global, kesan krisis kewangan yang bermula sejak tahun 1998 dan krisis politik yang sedikit sebanyak berpunca daripada Tun M. Tun M lupa Tun Abdullah pernah menegaskan bahawa negara boleh bangkrap jika beliau mengikut cakap Tun M. Ini kerana negara belum pulih sepenuhnya dari kesan krisis matawang tahun 1998 sehingga kerajaan perlu mengemukakan belanjawan defisit bagi menyokong semula ekonomidan pembangunan negara.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...