Timbalan Menteri tidak ikut protokol panggil Duta China – Nazri Aziz


nazri-reezal

(FMT) – Menteri Luar sepatutnya memanggil Duta China ke Wisma Putra selepas berunding dengan Perdana Menteri.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sepatutnya memanggil Dr Huang selepas mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sekarang kedua-dua pihak, Perdana Menteri dan Menteri Lua berada di luar negara, jadi Pemangku Menteri Luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya yang dilaporkan sebuah portal.

Menurut Nazri lagi, perbualannya dengan Hamzah pada Ahad (semalam) mendapati, Pemangku Menteri Luar itu tidak menerima arahan daripada Menteri atau Perdana Menteri untuk memanggil Dr Huang.

“Timbalan Menteri tidak boleh panggil Duta kerana Pemangku Menteri ialah Hamzah.

Read more here



Comments
Loading...