Mana boleh rampas kuasa Presiden PKR – Tian Chua
Rampasan kuasa tidak mungkin berlaku kerana jawatan Presiden PKR dilantik secara terus oleh ahli bukan lantikan.
(Free Malaysia Today) – Tian Chua mempersoalkan dakwaan Chegubard bahawa kumpulan penyokong Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan melakukan rampasan kuasa Presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Naib Presiden PKR itu berkata, tidak ada cara untuk melakukan rampasan kuasa terhadap jawatan yang disandang oleh Presiden parti kerana ia dipilih oleh ahli secara lantikan.
“Awak tanya Chegubard apa mekanisme dia (rampasan kuasa). Saya pun tak tahu. Apa cara boleh rampas? Mana ada cara.
“Semak dahulu Perlembagaan parti yang sangat jelas. Presiden dipilih melalui pemilihan umum oleh ahli parti. Satu orang satu undi. Kalau ikut DAP itu bolehlah.mereka melantik jawatankuasa kerja yanhg kemudian melantilk Presiden. PKR berbeza, PKR dilantil terus oleh ahli,” katanya kepada FMT.
Ditanya adakah PKR akan mengambil tindakan terhadap Chegubard kerana membuat dakwaan itu;
“Saya tak mahu komen mengenai apa-apa perkara mengenai Chegubard,” jawabnya ringkas.
Untuk rekod, Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri.