Dah pulak…Tony Pua bagi alasan tolak syarat debat Arul Kanda
(Agenda Daily) – Ini isu besar. Kalau betul berani sepatutnya Tony Pua sedia debat one to one tanpa jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan CEO 1MDB Arul Kanda.
Sebaliknya nampaknya harapan untuk lihat mereka berdua berentap secara terbuka debat isu 1MDB mungkin tidak jadi.
Dalam reaksi segera Arul Kanda sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen, Ahli Parlimen DAP itu sudah bagi alasan dengan pertikai syarat dia kena letak jawatan ahli PAC dulu.
Tony Pua pula dakwa Arul Kanda takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC.
Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC dulu untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat.
“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.
Tony Pua juga nak tunjuk hebat dakwa dia tidak terkejut bila Arul kanda sahut cabarannya.
“Berhenti beri alasan bodoh (syarat letak jawatan ahli PAC) dan terima cabaran saya,” katanya pada wartawan di lobi Parlimen.