Tony Pua…gabra ke Bro?
(Agenda Daily) – Kalau ini dikira satu permainan bola sepak, bola sudah tentu di kaki Tony Pua. Dia yang cabar, Arul Kanda sudah sambut. Ehh…kenapa Ahli Parlimen DAP ini masih tak berani nak tendang?
Relaks Bro…nampak macam gabra saja. Pagi-pagi Jumaat dah keluar kenyataan media tetap nak pertahan tak mau letak jawatan ahli PAC ikut syarat diberi CEO 1MDB itu jika nak debat live dengannya.
Apakah Tony Pua tidak senang tidor sepanjang malam tadi?
Bukan saja Arul Kanda sendiri, malah ramai Ahli Parlimen termasuk dari PAS yang tegas berpendapat dia kena letak jawatan ahli PAC kalau nak debat.
Ini termasuk Datuk Seri Nazri Aziz, menteri yang ada pengalaman hampir 10 tahun jaga urusan Parlimen.
“Badan itu (PAC) sedang menyiasat, bagaimana anda nak berdebat apabila anda masih menjadi anggota? Beliau (Pua) perlu menjadi seorang yang berkecuali, letak jawatan daripada PAC dan pergi berdebat dengan Arul Kanda,” kata Nazri.
Prinsipnya nampak macam kartun Tony Pua ahli PAC keluar berdebat pada isu 1MDB liva kemudian dia masuk balik sebagai ‘hakim’ bicara pasal IMDB.
Seorang ahli PAC, Datuk Liang Teck Ming (BN-Simpang Renggam), menegaskan Tony Pua perlu menghormati institusi Parlimen kerana beliau ialah anggota PAC dan siasatan terhadap 1MDB sedang dijalankan.
Katanya tiada Parlimen di dunia yang akan membenarkan perkara seumpama itu.
Menariknya dalam kenyataan pagi Jumaat Tony Pua nampak macam sudah pusing-pusing main jauh.
Dari asalnya kisah mencabar Arul Kanda berdebat live…dah masuk bab dia dok desak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan pasal isu 1MDB.
Katanya kalau Nazri minta dia letak jawatan ahli PAC untuk debat kerana konflik kepentingan maka Najib lah yang perlu letak jawatan.
Tony Pua terus nak cover line mendakwa konon sejak sekian lama geng BN hendak dia letak jawatan dari PAC.
Dia juga mendakwa Arul Kanda berpura-pura setuju debat dengan letak syarat tak masuk akal kena letak jawatan ahli PAC.
Tony Pua cuba mengambarkan dia begitu hebat dan seolah ketiadaannya dalam PAC badan itu tidak berkesan dan senang ‘kena main’.
Dakwanya keutamaan sekaran ialah memastikan PAC tidak mendapat faedah dari apa yang dia tahu mengenai kong kali kong dalam 1MDB.
Tony Pua dakwa Arul Kanda percaya jika dia dikeluarkan dari PAC, lain-lain ahli jawatankuasa khususnya lapan wakil dari BN senang ‘diuruskan’ hingga menyebabkan siasatan PAC keatas 1MDB lemah.
Ini nampak macam menghina kredibiliti dan kemampuan ahli-ahli PAC yang lain.
Mungkin Tony Pua tengah gabra.Tik Tok…tik tok. Kita bagi dia peluang bertenang dulu. Dia pun tahu semua orang sedang menunggu tendang bola di kakinya.
RTM sudah siap sedia anytime nak siar live. Come on…Tony.