DAP Pengacau Dan Angkuh


Mustafa-Ali-PAS

(Rakyat News) – Hasrat tersebut secara tidak langsung menunjukkan DAP tidak mempercayai rakan-rakannya sendiri yang berada dalam pakatan pembangkang baharu.

Tindakan DAP yang mahu bertan­ding di kerusi-kerusi dimenangi Pas dalam pilihan raya umum lalu disifatkan sebagai ‘pengacau.’

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, hasrat tersebut secara tidak langsung menunjukkan DAP tidak mempercayai rakan-rakannya sendiri yang berada dalam pakatan pembangkang baharu.

“Apa perlunya DAP ‘kacau’ kawasan yang Pas pernah tandingi. Adakah DAP tidak dapat mempercayai rakan politiknya sendiri.
Ini semua kata-kata sedap sendiri dan sangat angkuh,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Kelmarin, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, partinya sedang melakukan persiapan untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang dikuasai Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Kerusi-kerusi berkenaan adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jeras, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua and Tanjung Sepat.

Meskipun berada dalam kerajaan campuran bersama kerajaan PKR Selangor ketika ini, Pas bukan lagi sebahagian daripada pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurut Mustafa, tindakan DAP hendak bertanding di kawasan Pas itu menyerlahkan sifat keangkuhan parti berkenaan.

“Walaupun pilihan raya masih jauh, sepatutnya terdapat rundingan tentang hal ini sesama mereka dalam pakatan,” katanya.

 



Comments
Loading...