MyConstitution MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA


949910-1446560452-wide

Kami yang menandatangani dokumen ini berjanji dan berikrar untuk menegakkan dan mempertahankan Perlembagaan kami sepenuhnya, tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Tariq Ismail

(scroll down for English translation)

Petisyen Kepada:

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Ampun Tuanku.

Majlis Raja Raja Melayu.

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Seri Dr Wan Azizah, Ketua Pembangkang

KAMI MENYERU ANDA UNTUK MENEGAKKAN DAN MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

Negara ini telah dibina berlandaskan keteguhan dan keluhuran Perlembagaan kita, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan negara ini bergantung sepenuhnya kepada integriti Perlembagaan kita.

Dengan dukacitanya, kami memerhatikan kebelakangan ini, telah berlaku beberapa insiden yang mencabar dan menggugat hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan kita; khususnya hak-hak seperti hak asasi manusia, hak keadilan dan penghakiman, hak kebudayaan dan juga hak keagamaan.

Ada beberapa peruntukan Perlembagaan yang telah digunapakai diluar konteks, maksud dan niat asalnya diputarbelitkan. Malah ada juga beberapa kes dimana ayat-ayat dalam Perlembagaan diabaikan, dan sebaliknya pemahaman yang salah dipopularkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini telah mencetuskan permintaan-permintaan yang bercanggah dengan prinsip Perlembagaan kita.

Ada juga desas-desus tentang sesetengah pihak yang mahu menghapuskan beberapa peruntukan Perlembagaan, yang akan menggoncang asas pembinaan negara ini.

Read more and sign the petition here



Comments
Loading...