Anwar minta kerajaan jangan ganggu Tun M


anwar-mahathir

Tun M tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik Najb

(Free Malaysia Today) – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya sebarang gangguan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mereka yang lain dihentikan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau khuatir dengan siasatan yang dijalankan polis ke atas bekas Perdana Menteri itu, ekoran kelantangannya bersuara.

Jelasnya, Dr Mahathir tidak melakukan jenayah apabila bertanya soalan dan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Jika begini caranya Tun Dr Mahathir dilayan, hak demokratik rakyat Malaysia untuk menyoal dan mengkritik kerajaan berada dalam bahaya,” petik kenyataan beliau yang dikeluarkan melalui peguamnya.

Menurut Anwar, kerajaan sepatutnya menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Mahathir dan bukannya menyiasat beliau.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...