Mufti Perlis: Gagal dengan Pakatan, PAS patut cuba Umno


20130702asri08

(Malay Mail Online) – Desas-desus kerjasama politik antara PAS dan Umno masih belum reda walaupun parti Islamis itu sudah beberapa kali menidakkan gabungan dua parti itu.

Paling baru, Mufti Perlis Datuk

Desas-desus kerjasama politik antara PAS dan Umno masih belum reda walaupun parti Islamis itu sudah beberapa kali menidakkan gabungan dua parti itu.

Paling baru, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin sendiri mencadangkan agar PAS “mencuba nasib” dengan Umno pula setelah beberapa kali gagal dengan pakatan pembangkang.

“PAS telah mencuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi nyata gagal. Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang,” katanya dalam satu coretan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

“PAS patut mencuba dengan Umno secara lebih serius. Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.”

Katanya, tidak seperti dahulu, PAS dan Umno kini tidak jauh dari segi watak dan idealisme, hampir sama dari segala segi melainkan nama, kopiah dan songkok sahaja.

“Jika PAS dan Umno dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya,” tambahnya.

sendiri mencadangkan agar PAS “mencuba nasib” dengan Umno pula setelah beberapa kali gagal dengan pakatan pembangkang.

“PAS telah mencuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali tapi nyata gagal. Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang,” katanya dalam satu coretan di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

“PAS patut mencuba dengan Umno secara lebih serius. Mana tahu, mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan negara.”

Katanya, tidak seperti dahulu, PAS dan Umno kini tidak jauh dari segi watak dan idealisme, hampir sama dari segala segi melainkan nama, kopiah dan songkok sahaja.

“Jika PAS dan Umno dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya,” tambahnya.



Comments
Loading...