PAN Istihar Tanding P Gombak Milik Azmin Ali


wan rahim calon parlimen gombak

Pengumuman dibuat didepan Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin tinggi PKR.

Ibnu Hasyim

Ceramah Perdana PAN malam tadi di Dewan Orang Ramai AU2 Taman Keramat yang turut di hadiri 

* Pemimpin Ulung DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah YB Lim Kit Siang,

* Penasihat Umum PAN Ustaz Ahmad Awang,

* Timbalan Presiden PAN Sdr Salahuddin Ayub,

* Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh,

* Pengerusi PAN Kelantan Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah,

* Timbalan Pengerusi PAN Selangor yang juga ADUN Hulu Kelang YB Hj Shaari Sungip telah membuat pengumuman yang mengejutkan bahawa PAN akan bertanding di parlimen Gombak yang kini disandang Timbalan Presiden PKR yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Azmin Ali.

Agak pelik bin hairan kerana sejak penubuhan Pakatan Harapan terdiri dari PKR,DAP dan PAN yang dibuat secara gelojoh dan terburu-buru pada 22hb September lalu tidak lagi membincangkan pembahagian kerusi yang ditandingi pada PRU ke-14 namun mengapa Timbalan Pengerusi PAN Selangor tanpa segan sili dan malu tebal muka boleh tergamak dan sanggup mengisytiharkan bahawa pada PRU ke-14 nanti PAN akan bertanding di Parlimen Gombak kawasan parlimen Azmin Ali.

Pengumuman dibuat didepan Lim Kit Siang, Ustaz Ahmad Awang, Salahuddin Ayob dan beberapa pemimpin tinggi PKR. Apa motif sebenarnya pengumuman diumumkan dikawasan parlimen Gombak sendiri malam tadi.Apakah ini ada kaitan dengan keengganan Azmin Ali mengiktiraf Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan??? … Adakah ini sebagai cara nak ambil hati pemimpin ulung DAP yang sudah pun menjadi rahsia umum agak kurang senang dengan pendirian Azmin Ali selaku MB Selangor yang masih bertegas betapa kerajaan Selangor sedia ada bersama PAS masih berfungsi dan tidak ada keperluan ianya diubah????

Read more here


Comments
Loading...