Kevin Morais didakwa bocor deraf pendakwaan kepada Sarawak Report
Charles Morais membuat dakwaan itu menerusi akuan bersumpah dan disertakan hujah-hujah untuk menyokongnya.
(Free Malaysia Today) – Mendiang Anthony Kevin Morais didakwa membocorkan deraf pendakwaan terhadap seorang pesonaliti politik ternama kanan kepada pengasas dan Editor, Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.
Dakwaan itu dibuat adik Kevin, Charles menerusi akuan bersumpah (SD).
Charles mendakwa dia kenal tandatangan ringkas adiknya iaitu AK (Anthony Kevin) apabila melihat deraf pendakwaan itu disiarkan oleh Sarawak Report pada 30 Julai lalu.
“Saya dapati deraf pendakwaan itu dipinda (kerana kesalahan tatabahasa). Selepas mengkajinya, saya dapati orang yang memindanya ialah Kevin.
“Saya sudah biasa dengan tandatangan Kevin,” katanya.
Charles mendakwa dia percaya abangnya terlibat dalam siasatan rasuah RM27 juta melibatkan pemimpin negara.
Charles berkata, dia menghubungi Clare dan Editor Sarawak Report itu memberitahu, deraf pendakwaan itu dihantar kepadanya menggunakan email tidak bernama.
Katanya, Clare memberikan alamat emel yang digunakan penghantar deraf itu [email protected] tetapi emel itu telahpun disekat.
Charles berkata, dia yakin Kevin yang memberikan draf itu berdasarkan faktor;