Awak kat mana…awak kat mana? Hanya 18 MP pembangkang dalam Dewan Rakyat bila Bajet 2016 diluluskan
(Agenda Daily) – Kesimpulan yang dapat dibuat dari episod ini ialah kompang pembangkang nak sekat Bajet 2016 hanyalah gempak kosong saja.
Ini cerita terus jadi bualan hangat ketika sidang Dewan Rakyat sesi kali ini akan berakhir esok Khamis. Apa yang berlaku semasa Bajet 2016 hendak dilulus Selasa malam agak di luar dugaan.
Kalau ikut kompang asal Ahli Parlimen pembangkang bunyi macam guruh mereka hendak berentap sakan untuk kasi koyak bajet ini dengan mengagalkan kelulusan semasa undian.
Dari segi prinsipnya, jika bajet tidak lulus di Dewan Rakyat ia sama macam undi tidak percaya pada kerajaan. Jika ini berlaku ia memang kes berat.
Senang cakap itu ia memang ibarat angan Mat Jenin. Ini pada perbezaan jauh jumlah Ahli Parlimen pembangkang dengan Barisan Nasional.
BN ada 134 Ahli Parlimen. Pembangkang ada 87. Bebas 1.
Dalam pada itu kalangan pembangkang sendiri berpecah. PAS yang ada 16 Ahli Parlimen sudah set nak berkecuali masa pengundian dibuat atas bajet 2016.
Jadi tinggal 37 DAP, 29 PKR dan 6 Parti Amanah.
Maka bila pengundian pusingan pertama diperingkat dasar dibuat pada 16 November…keputusannya ialah 128 BN dan 74 pembangkang.
Tiga Ahli Parlimen PAS ‘lawan tauke’ sertai Ahli Parlimen pembangkang undi tolak Bajet 2016.
Pengundian dibuat menerusi proses belah bahagian.
Sejak tewas pada hari itu suasananya ibarat ‘potong stim’ di kem pembangkang.
Kelesuan mereka hendak menentang Bajet 2016 jelas terbukti Selasa malam bila bajet itu diluluskan pada pusingan kedua selepas peringkat jawatankuasa.
Laluan mudah saja bajet itu diluluskan pada jam 10.30 malam. Pengundian pula hanya dibuat menerusi proses jumlah suara menyokong.
Ini bermakna Ahli Parlimen pembangkang tidak melawan langsung untuk sekat bajet itu.
Tidak melawan itu satu hal. Apa yang memalukan kem pembangkang bila kira punya kira hanya 18 sahaja Ahli Parlimen pembangkang yang berada dalam Dewan Rakyat ketika bajet itu diluluskan.
“Awak kat mana…awak kat mana”? Ini sindiran yang boleh kita ditujukan mereka. Datuk Rahman Dahlan, Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Kota Belud menerusi twitternya kata : “Semua pemimpin tertinggi pembangkang tidak hadir di parlimen sewaktu undi lulus bajet malam ini”
“Setelah berbulan2 pembangkang canang nak gagalkan bajet sehingga resahkan ramai pihak termasuk peniaga dan pelabur, hanya 18 MP mereka mengundi!”
Kesimpulan yang dapat dibuat dari episod ini ialah kompang pembangkang nak sekat Bajet 2016 hanyalah gempak kosong saja.
Dalam konteks ini cuba tanya apa tujuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail kemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat.
Usul itu yang difailkan baru-baru ini sudah disenaraikan dalam jadual sidang Dewan Rakyat.Namun ia tidak dapat dibentangkan kerana banyak usul penting lain yang perlu didulukan.
Apapun jika undi…sendiri boleh kira.
Jadi tujuannya juga tidak lain tidak bukan…cuma gempak kosong.