Dr Mahathir sudah lupa? – penulis blog
Dr Mahathir mungkin sudah lupa dengan apa yang pernah dilakukannya sebelum ini apabila memalukan Anwar dengan kes liwat dan lebih rela UMNO diharamkan
(Free Malaysia Today) – Tun Dr Mahathir Mohamad diminta supaya mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai melanggar tradisi parti.
Penulis blog, Awang Zabidi berkata, bekas Presiden UMNO yang juga bekas Perdana Menteri itu mungkin sudah terlupa dengan peristiwa dan tindak tanduknya ketika beliau berkuasa suatu ketika dahulu.
Katanya, Dr Mahathir telah melakukan banyak perkara dan muslihatnya di dalam parti sememangnya sudah diketahui umum terutamanya mengenai isu pertandingan jawatan dan sistem kuota yang diperkenalkan di dalam UMNO.
“Dr Mahathir sudah lupakah? Beliau yang takut dengan pertandingan. Maka, dalam UMNO baru dipinda Perlembagaan sesiapa nak bertanding jawatan presiden kena ada 50 pencalonan.
“Siapa yang berani mencalonkan orang lain di bawah sistem pemilihan yang baru itu? Memang sukar nak dapat 50 pencalonan. Jadi siapa yang lebih demokratik Dr Mahathir atau Najib yang menghapuskan sistem kuota itu pada tahun 2009?,” tulisnya menerusi entri terbaru di blog catatanzabidi.blogspot.my.