PAS mahu bertanding semua kerusi DUN dan parlimen di Johor


www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2013_01_Datuk-Mahfodz-Mohamed

(Agenda Daily) – PAS Johor bersedia untuk bertanding di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, kerusi itu termasuk milik PKR dan DAP.

Katanya, keputusan itu diteruskan jika perbincangan dengan PKR mengenai pembahagian kerusi gagal diteruskan.

Katanya, PAS Johor telah cuba menghubungi PKR untuk berbincang mengenai pembahagian kerusi tetapi sehingga kini belum mendapat sebarang respon.

“Saya tahu agak sukar jika PAS bergerak sendirian tetapi tiada apa yang mustahil,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru, lapor The Star Online.

Mahfodz berkata, pada PRU13, PAS bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 21 kerusi negeri tetapi hanya menang empat kerusi negeri tetapi tiada calon mereka yang hilang deposit.

Ditanya keputusan itu mungkn berubah di saat-saat akhir jika DAP berunding untuk mengelak pertandingan tiga penjuru, beliau berkata perkara itu agak mustahil.

Katanya, PAS bercadang untuk bertanding di kerusi DAP termasuk di Tangkak, Yong Peng, Stulang, Johor Jaya, Pekan nenas, Pengkalang Rinting, Labis, Bakri dan Tanjong Piai.



Comments
Loading...