Raja Petra, blog MYKMU penyangak – Khairuddin


khairuddin-petra

Beliau menafikan pernah mengadakan pertemuan dengan Justo seperti yang didakwa penulis blog berkenaan

(Free Malaysia Today) – Raja Petra Kamarudin dan blog pro-MYKMU disifatkan sebagai penyangak selepas melaporkan kenyataan berhubung 10 rakyat Malaysia yang didakwa telah mengadakan perjumpaan dengan Xavier Andre Justo.

Bekas Naib Ketua Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata dakwaan itu adalah fitnah yang tidak berasas.

“Seumur hidup tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan Justo sepertimana yang ditulis oleh mereka dengan niat jahat untuk memfitnah serta mencemarkan kredibiliti keperibadian saya.

“Mereka ini adalah kalangan desperado (golongan terdesak) yang cuba mereka-cipta fakta yang tidak benar,” katanya dalam status terbarunya di Facebook.

Khairuddin juga mencabar supaya Raja Petra dan blog MYKMU untuk membuktikan kenyataan yang disifatkan sebagai tuduhan jahat terhadapnya.

Katanya jika mereka tidak dapat membuktikan kesahihannya, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman malu atas dasar prinsip kebenaran.

“Saya sedang mengarahkan peguam untuk membuat penelitian terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh penyangak Raja Petra serta blog MYKMU di dalam penulisan mereka yang tidak berasas sama sekali.

“Pihak barisan peguam saya sedang membuat penelitian keatas kenyataan yang berunsur fitnah itu,” tegasnya.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...