Jangan tengok ‘headline’ saja, tapi baca isinya
Salleh Said Keruak
1. Dalam era masakini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk. Bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan atau `angle’ dibuat.
2. Saya membaca suratkhabar dan melayari portal berita. Rutin harian saya sejak dari dulu. Dan kini semestinya lagi di kementerian yang bertanggungjawab penuh ke atas media.
3. Antara media massa dan portal berita, ada perbezaan dan kelainan pendekatan. Bagi menarik perhatian pembaca, saya perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk `news headline’ yang sensasi, kontroversi, spekulasi dan provokasi.
4. Tajuk berita atau `news headline’ sepatutnya berpaksi kepada intipati sesebuah berita. Itu prinsip etika kewartawanan. Ia mesti diangkat daripada `intro’ atau perenggan pertama sesebuah berita itu.
5. Apa yang didapati sekarang, ada `news headline’ yang mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis, malah kadangkala lari dari isinya. Laporan atau berita disensasikan. Penulisan dibuat di luar konteks.
6. `News headline’ biasanya ditentukan oleh editor dan bukan wartawan/penulis yang tertera `by-line’ pada laporan itu. Maka, pemilihan sesuatu `news headline’ itu bergantung kepada justifikasi dan integriti seseorang editor.