Pendirian DAP terhadap Palestin tidak jelas, kata mufti Perlis
(The Malaysian Insider) – Sekatan visa ke atas 2 atlet Isreal daripada menyertai satu acara sukan di Langkawi mendapat pujian pelbagai pihak termasuk Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurut Asri, sekatan itu wajar dikenakan meskipun melibatkan aktiviti sukan kerana ia juga sebahagian daripada aspek kemanusiaan.
“Saya ingin memuji pendirian (Menteri Belia dan Sukan) Khairy Jamaluddin. Sukan tidak boleh berpisah dari kemanusiaan.
“DAP hanya memikirkan hak sukan Israel namun tidak begitu nyata selama ini pendirian mereka terhadap hak kemanusiaan rakyat Palestin,” kata Asri dalam posting terbaru di akaun Facebooknya.