Tender balak: Chegubard tuduh Azmin Ali bohong


chegubard-azmin

Dia mendakwa dua dokumen MMKN membuktikan kawasan pembalakan terbabit diberikan kepada dua syarikat tanpa proses tender terbuka

(Free Malaysia Today) – Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hidham Shaharin atau Chegubard mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berbohong apabila mengatakan penganugerahan kawasan balak di negeri itu dijalankan secara tender terbuka.

Dalam sidang media di Pejabat SAMM di sini pagi tadi, dia mendakwa dua dokumen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKNN) membuktikan kawasan pembalakan terbabit diberikan kepada dua syarikat tanpa proses tender terbuka.

“Di sini saya tegaskan Azmin menipu dalam kenyataan medianya apabila menyatakan syarikat yang memperolehi kawasan balak itu mendapatnya secara tender terbuka.

“Dalam tangan saya ada dokumen MKNN yang membuktikan tidak ada proses tender terbuka dijalankan sebelum dua syarikat itu mendapat kawasan balak.

“Dan kalau benar tender terbuka dijalankan, mana iklan tendernya? Saya sudah buat carian dan tidak jumpa,” katanya lagi.

Dua dokumen rahsia tersebut adalah permohonan untuk mengeluarkan kayu balak dan jaras di dalam hutan simpanan kekal yang melibatkan projek jajaran talian penghantaran elektrik di PMU Bukit Tarek ke PMU Chubadak seluas 34 hektar, dan dari Mahkota Cheras Hartamas PMU Mahkota Cheras seluas 45 hektar.

Memetik laporan media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini 17 Disember lalu, Azmin mendakwa setiap perolehan di Selangor dibuat secara tender terbuka sejak 2008.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...