Akhirnya penjelasan perlu memuaskan
Semua ini bertitik tolak dari kegagalan atau ketidak upayaan pihak berwajib menjawab dengan tepat, cepat dan mudah difahami.
Snapshot 2016
KOMENTAR
Bulletin Sengal menulis berikut dalam posting terakhirnya:
Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)
Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.
Pendedahan lebih turut dibuat oleh Malaysia Today. Dalam posting terbarunya, Raja Petra Kamarudin turut mendedahkan satu lagi tycoon bukan Melayu dan sering dikaitkan sebagai kroni Dr Mahathir, Ananda Krishnan. Petikan berbunyi:
According to Forbes, Tatparanandam Ananda Krishnan’s net worth is estimated at RM44 billion as at May 2015 and he is the sixth richest man in Asia.
Ananda Krishnan’s stunning multi-million dollar Kia Ora homestead on a 1,800-hectare piece of land near the rural town of Scone, about 330km from Sydney, won the prestigious 2006 Housing Industry Association Hunter Home of the Year Award.
Ananda Krishnan’s majestic Gulfstream IV, which he shares with Dr Mahathir and which is said to be jointly owned and half-paid by Petronas.
Well, every one knows how Tun Dr Mahathir Mohamad helped make T. Ananda Krishnan rich by milking Petronas. What many do not know is that he transferred billions of his wealth to India to finance a shady deal.
Seterus di MT SINI
Persoalan yang cuba dibangkitkan adalah: adakah layak untuk Dr Mahathir mempersoalkan dan menuduh Perdana Menteri Dato Najib dengan tuduhan-tuduhan yang mana dia pun turut lakukan dengan berleluasa ketika memerintah?
Pihak yang pro kepada Dr Mahathir berhujah bahawa sebagai negarawan yang banyak berjasa, dia layak menegur. Ada juga yang mengatakan jika bukan dia, siapa lagi? Pihak pembangkang tidak efektif dan sering diputarbelit untuk tujuan politik. Bukan untuk penyelesaian.
Menjawab hujah tersebut adalah hujah lain seperti dunia sudah berubah, maka kerangka pemikiran Dr Mahathir sudah tidak sesuai.
Ada pihak menganggap kritikan Dr Mahathir adalah berdasarkan fakta yang salah, malah turut dikatakan hanya memanipulasi fakta untuk dimudah-mudahkan tetapi bukan perkara sebenar. Kredibiliti beliau pun turut dipersoalkan sebagai tidak konsisten kerana bersekongkol dengan pelbagai pihak di dalam dan luar negara yang pernah dimusuhinya dan disuruh orang ramai turut memusuhi juga.
Semua ini bertitik tolak dari kegagalan atau ketidak upayaan pihak berwajib menjawab dengan tepat, cepat dan mudah difahami. Tambah lagi, pihak berwajib mengambil pendirian untuk tidak terikut dalam permainan politik yang dikatakan di sebalik kritikan tetapi membiarkan proses lambat untuk menyerahkan pihak berkuasa untuk siasat.
Ketika perjalanan proses, timbul pula tuduhan campurtangan yang mana tidak menolak ada asas jika ada kesahihan tuduhan fakta kritikan sudah dimanipulasi dan deraf surat pertuduhan tidak lojik untuk wujud ketika siasatan sedang berjalan dan salahlaku masih belum dipastikan. Kertas siasatan pun belum ada kepastian penuh menyokong kritikan dan tuduhan terhadap Najib.