EKONOMI SOTONG RAFIZI RAMLI


Sotong

LSS Report

Hari ini saya yakin bahawa Rafizi Ramli hanyalah seorang amatur dalam analisis kewangannya.

Timbunan analisis dan jadual pun tidak akan berguna jika andaian asas anda semuanya salah!

Beliau salah lagi kerana sebab-sebab berikut.

1)    Bursa tidak jatuh sebanyak 10% tetapi hanya pada tahap 5% pada tahun lepas.

2)    Walaupun Bursa jatuh sebanyak 5%, ia tidak bermakna semua pegangan saham TH juga merundum. Ada yang hilang wang, ada yang kumpul wang – Itulah sebabnya kita perlu tahu apakah itu pelaburan portfolio.

Mengapa anda berfikir unit amanah daripada Public Mutual dan Prudential masih mampu membayar dividen dan bonus? Betulkah mereka melabur dalam pasaran saham Bursa yang sama seperti TH ? Atau adakah Public Mutual dan unit amanah lain juga kehilangan wang dan mempunyai rizab yang negatif? Sila berfikir secara waras!

3)    Hanya sebanyak 50% sahaja pelaburan TH adalah dalam bentuk ekuiti dan tidak semua potfolio ini disenaraikan di Bursa Saham. Manakala sejumlah 30%  lagi pegangan TH berada di pasaran wang (sekuriti kerajaan, bon, dan lain-lain) dan baki 20% dalam pegangan berbentuk dalam bidang hartanah – yang semua ini menjana pulangan yang positif,

4)    Rafizi gagal mengakui bahawa pelaburan berbilion TH dalam hartanah di London memberi pulangan sebanyak 200% dalam tempoh dua tahun yang lalu dan telah ditunaikan dengan bijak oleh TH, hasil daripada keuntungan pertukaran matawang.

5)    Banyak portfolio pelaburan saham dan ekuiti TH telah menjana dividen  – tanpa dipengaruhi prestasi harga saham.

6)    Rafizi telah gagal memahami bahawa beberapa pelaburan terbesar TH di pasaran saham telah melintasi threshold 20% ​​di mana penilaian pegangan TH perlu kepada akaun ekuiti atau penyatuan akaun, dan tidak hanya boleh dinilai melalui pasaran saham semata-mata. Di antara syarikat-syarikat seperti itu termasuk Bank Islam, yang merupakan pelaburan ekuiti terbesar TH, yang ia memiliki 53.6% (keuntungan meningkat pada tahun 2015) dan TH Plantations (pemilikan 72.8%).

CEO TH sudah menjelaskan bahawa komen awal BNM dalam rizab TH pada September 2015 telah tidak mengambil kira asets-aset lain, hartanah dan pegangan sahamnya.

Juga, kedegilan Rafizi bahawa rizab TH adalah negatif adalah satu penghinaan kepada Ketua Audit Negara Malaysia yang telah mengaudit akaun tersebut dan mengesahkan bahawa rizab TH adalah positif dan mampu membayar dividen secara sah.

Dan apa yang lebih melucukan lagi, Rafizi menbuat tuduhan begini kepada Bank Islam dan TH:

“Aset-aset ini tidak boleh dicairkan kerana ia adalah dalam bentuk pinjaman yang diberikan oleh Bank Islam kepada pelanggan dan juga kerajaan persekutuan,” kata Rafizi, dalam merujuk kepada Bank Islam sebagai entiti milik TH yang meliputi 80 peratus daripada aset tambahan apabila disatukan.”

“Jadi, bagi membayar semua tanggungannya, TH tidak mempunyai pilihan kecuali dengan mencairkan aset sendiri, dan berdasarkan dalam satu kenyataan yang berakhir pada 2014, mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membayar semua pendeposit jika semua mengeluarkan simpanan mereka dengan serta-merta, “katanya.

Rafizi, apa yang anda cuba katakan ini sebenarnya terpakai kepada SETIAP INSTITUSI KEWANGAN (FI) di dunia.

Sepertimana yang kamu katakan, mana-mana FI sekalipun tidak akan selamat sekiranya para pendepositnya menarik balik semua deposit mereka dengan serentak.

Itu adalah sifat yang paling asas kepada FI – mereka menggunakan deposit untuk menjana pulangan dengan meminjamkan pula wang tersebut ataupun dengan melabur untuk jangka yang lebih panjang dalam bentuk pelaburan lain bagi mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, supaya mereka boleh menjana keuntungan dan membayar faedah kepada pendeposit mereka.

Jika anda mahu menjadi benar-benar selamat, maka simpanlah sahaja wang anda di bawah selimut anda supaya anda akan dapat pulangan sifar, dan apa guna institusi seperti FI ini lagi.

Apakah Rafizi tidak memahaminya atau anda hanya mahu terus mempersendakan TH supaya para pendeposit berpusu-pusu mengeluarkan simpanan masing-masing dan TH runtuh ?

Apakah motif anda, Rafizi?

Dan mengapa pula anda masih mengekalkan deposit anda yang melebihi setengah juta ringgit di dalam TH sekiranya ianya tidak stabil?

 



Comments
Loading...