Derma RM2.6 bilion Najib jelas kes rasuah, kata forum


FORUM_1MDB_2.6B_PJ_17022016_TMIKAMAL_06_hanipa_maidin

(TMI) – Wujud kes rasuah yang jelas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM2.6 bilion, kerana penjawat awam tidak sepatutnya menerima ganjaran, kata sebuah forum malam tadi.

Mengikut sekurang-kurangnya 2 undang-undang sedia ada, penjawat awam yang menerima wang dalam akaun bank peribadinya dianggap menerimanya bagi tujuan rasuah, kata 2 peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan Hanipa Maidin.

Dalam kes Najib, presiden Umno itu tidak secara sukarela mengisytiharkan RM2.6 bilion itu ketika ia dimasukkan ke akaun peribadinya pada Mac 2013, lebih sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kata Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang.

RM2.6 bilion atau AS$681 juta itu didedahkan Wall Street Journal, 2 tahun selepas itu, pada Julai 2015. Akhbar itu melaporkan wang berkenaan daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebulan selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan ia adalah derma politik daripada penderma Timur Tengah tetapi tidak ada penjelasan diberikan bagaimana wang itu dibelanjakan.

Hanipa berkata mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961, wang diterima penjawat awam dianggap wang diterima bagi tujuan rasuah.

“Jadi mengapa tidak ada pendakwaan?” kata Hanipa dalam respons kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari untuk membebaskan Najib daripada kesalahan salah laku kerana menerima RM2.6 bilion itu.

“Bila kita tanya siapa beri wang itu, peguam negara hanya kata orang awam tidak ada hak untuk tahu.

Read more here



Comments
Loading...