Abang Mat, Melayu ke pembangkang yang bodoh?


mat-sabu

Adakah pembangkang sudah cukup menyakinkan pengundi Melayu kelas pertengahan untuk tukar kerajaan yang telah lebih 50 tahun memerintah?

(Free Malaysia Today) – Abang Mat Sabu kita buat hal lagi. Selepas membaling mikrofon sehingga dilabel revolusi mikrofon (baca: tidak logik), Abang Mat tuduh pula Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol kerana menyokong Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sampai hati Abang Mat hina kaum sendiri sampai ke tahap itu. Sebelum pergi berceramah tak mengadap cermin dulu ke? Atau Abang Mat mengalami kecelaruan identiti sehingga perasan dirinya lelaki PanAsia atau Latino?

Atau juga Abang Mat mengalami kecelaruan emosi yang kritikal yang mendorong beliau melepaskan kemarahan kepada orang lain sedangkan sebenarnya beliau bercakap mengenai diri sendiri?

Kasar bahasa yang digunakan Abang Mat apatah lagi penghinaan itu diucapkan di hadapan orang bukan Melayu. Sebagai Melayu kelas pertengahan, ia amat memalukan. Abang Mat kalau kecewapun takkan sampai menghina seperti itu.

Betullah kata seorang pakar akademik, Prof Datuk Ramlah Adam, walaupun Abang Mat ahli politik berpengalaman tetapi beliau bukan pemimpin berkaliber seperti Datuk Seri Najib Razak yang lebih bijak berbahasa dan tidak emosi walaupun kecewa.

Abang Mat patut contohi Najib atau tidakpun contohi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. Biarpun tahap pendidikan menjadi jenaka, Bashah masih tahu menjaga tuturkata dan bahasa.

Tuduhan Abang Mat Melayu kelas pertengahan menyokong BN pada PRU13 lalu boleh dipertikaikan. Melayu kelas pertengahan adalah golongan pekerja dan sebahagian besar tinggal di kawasan bandar dan separuh bandar.

Pada PRU13, Pakatan Rakyat (ketika itu) menang besar di kawasan bandar dan separuh bandar. Di Selangor dan Pulau Pinang misalnya, PR sapu bersih kawasan-kawasan ini. Di Selangor khasnya, UMNO hanya menang kawasan luar bandar.

Sedarkah Abang Mat yang BN menang sebab undi Sabah dan Sarawak. Kedua-dua negeri itu menjadi depostit tetap untuk BN mengekalkan kuasa. Pada PRU13, hampir kesemua kerusi di kawasan luar bandar di kedua-dua negeri itu dimenangi BN.

Di Sarawak misalnya, 2/3 kerusi Parlimen di kawasan luar bandar dimenangi BN dan DAP hanya memonopoli kawasan bandar negeri itu.

Mana rasionalnya Abang Mat nak salahkan Melayu kelas pertengahan? Sebelum salahkan pengundi, baik Abang Mat renung balik, adakah pembangkang sudah cukup menyakinkan pengundi untuk tukar kerajaan yang telah lebih 50 tahun memerintah?

Pembangkang sendiri pun tak menunjukkan contoh persepakatan. Semua parti pembangkang nak menonjol siapa yang lebih berkuasa. Bak calon Perdana Menteri pun tak sepakat, ada yang Anwar Ibrahim dan ada juga yang menolak.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...