Mahfuz jumpa Dr M bincang masa depan politik negara


Mahathir-Mahfuz

(Sinar Harian) – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini.

Mahfuz berkata, pertemuan selama sejam bermula jam 9 pagi itu bertujuan untuk membincangkan masa depan politik di negara ini.

“Kami bersependapat dalam perbincangan yang semua pihak perlu melihat ke hadapan untuk selamatkan negara ini.

“Kita semua mesti gerakkan semua pihak merentasi ideologi politik, agama dan bangsa untuk memperbaiki negara ini,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini agak lantang mengkritik pentadbiran dan pengurusan negara dibawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahfuz pula selama ini banyak mengkritik pentadbiran Najib serta banyak menyokong bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir sewaktu Kedah dilanda krisis menteri besar.

Mahfuz

Mahfuz with Tun Daim Zainuddin and the Anti-Najib Campaign

 



Comments
Loading...