BN menang besar jika Najib undur sebelum PRU14


MAHFODZ_MOHAMEDnajib

(FMT) – PAS berpendirian sebarang usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) akan memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat sokongan lebih besar.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata, pengunduran Najib sebelum PRU14 tidak akan memberi kelebihan kepada pembangkang.

Sehubungan itu, beliau berkata, usaha menjatuhkan Najib dan BN perlu dilakukan menerusi pilihan raya umum bukannya perhimpunan.

“Kalau macam yang lepas-lepas pun, buat himpunan macam mana pun, pihak pemerintah takkan berundur.

“Sebab itu maka kita lebih suka Najib habiskan penggalnya dan kita bertanding melawan Najib.

Read more here



Comments
Loading...