Kenyataan dari YB Dato’ Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir


Mukhriz Mahathir

1. Perlu difahami bahawa matlamat yang satu yang dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan semua yang menandatangani Deklarasi Rakyat ialah agar Dato’ Seri Najib Razak undur untuk saya ambil alih jadi PM. Tiada langsung niat untuk menjatuhkan Kerajaan BN yang memerintah ketika ini.

2. Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan Pembangkang termasuk DAP. Adakah BN akan tumbang jika Najib undur dan saya ambil alih? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat. Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan saya sebagai PM yang baru dan bukan Pembangkang.

3. Kalau ikut lojik, Pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan Rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total. Tapi sebaliknya, Pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa? Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa, iaitu Najib Razak.

4. Pendirian ini turut diperkukuhkan apabila Parti Pembangkang faham dan terima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

5. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO bahawa Rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN. Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan Pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut? Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir. Matlamat sebenar Tun Mahathir adalah bagi saya jadi PM.

6. Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai Kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14. Jika Najib masih memimpin BN hingga PRU14, BN akan menerima padahnya. Amarah Rakyat sudah tidak boleh dibendung lagi. “Tunggulah PRU nanti. Kami tahulah apa nak buat”. Itu yang kedengaran rata-rata dikalangan Rakyat sekarang.

Selamatkan UMNO. Selamatkan BN. Selamatkan Malaysia.



Comments
Loading...