Blog Mahathir Yang “Lunatic” dan “Surreal”


Dr Mahathir

MYKMU.NET

1.Sesiapa yang prihatin dan memahami isu semasa dan membaca tulisan terbaru blog Tun Mahathir Mohamad berjudul “GOVERNMENT SECRETS” (READ HERE), pasti akan menganggap minda bekas Perdana Menteri ini tidak lagi jelas dan waras seperti sebelumnya.

2. Tidak pernah dan tidak ada sesiapa pun yang pernah mendakwa isu wang derma RM 2.6 B ke dalam akaun Perdana Menteri merupakan sebahagian daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Malah tidak pernah Peguam Negara mengugut untuk memenjarakan mereka yang bercakap mengenai derma ini di bawah OSA.

3. Justeru bagaimana blog Mahathir boleh membuat andaian sedemikian? Sekarang kita cabar beliau buktikan bila dan di mana Peguam Negara memberi gambaran akan mengambil tindakan di bawah OSA berkenaan isu ini.

4. Blog Mahathir tidak boleh berterusan menipu orang ramai dengan kenyataan berbentuk manipulatif yang songsang dan menyesatkan.

5. OSA lebih banyak digunakan pada zaman Mahathir berbanding Perdana Menteri lain. Apakah Mahathir lupa bahawa Ezam Mohd Noor dipenjarakan di bawah OSA pada 2002 kerana mendedahkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, (Datuk Seri) Rafidah Aziz dan bekas ketua menteri Melaka, (Tan Sri) Rahim Thamby Chik?

6. Di bawah pentadbiran Mohd Najib belum ada sesiapa pun didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan isu rasuah dan penyelewengan seperti mana berlaku pada zaman Mahathir.

7. Anehnya, Mahathir berpendapat beliau layak dan suci untuk memfitnah Perdana Menteri dan menyesatkan rakyat dengan kenyataan separuh benar?

8. Blog Mahathir juga membuat kenyataan bahawa pihak berkuasa tidak tahu mengenai wang yang masuk di dalam akaun Mohd Najib Tun Razak. Apakah Mahathir nyanyuk atau benar-benar tidak tahu bahawa transaksi sebesar itu apabila masuk ke Malaysia mesti dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia?

9. Pada zaman perbankan dalam talian ini, transaksi sedemikian secara otomatik dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia. Dan Bank Negara mempunyai “Alert System” untuk transaksi besar.

10. Jadi blog Mahathir mahu menipu siapa bila menulis, “He (Najib) did not inform the Government authorities about the money. It is in fact a secret from the Government. He seems not to have paid taxes on this money. Clearly the possession and management of this RM2.6 billion is not part of his work as Prime Minister of Malaysia.”

11. Blog Mahathir juga perlu sedar bahawa dua orang macai beliau, Khairuddin Abu Hassan dan Mathias Chang tidak didakwa di bawah OSA tetapi didakwa kerana cubaan mensabotaj ekonomi negara.

12. Mereka BERNASIB BAIK berada dalam zaman Najib Razak, MAKA boleh mempertahankan diri di Mahkamah. Jika zaman Mahathir dulu kedua-dua mereka ini sudah duduk di Kamunting tanpa perbicaraan (ISA).

13. Jika blog tersebut ditulis oleh Mahathir, bermakna beliau sekarang seorang lunatic yang tinggal dalam dunia surreal dan bawah sedar.

14. Beliau tidak tahu prosedur kewangan negara sehingga mendakwa Bank Negara tidak tahu transaski ini. Beliau juga keliru antara OSA dan Sosma serta apa sebenarnya pertuduhan kepada kedua-dua “macai” beliau.

15. Mahathir sudah tidak boleh berfikir dengan waras dan jelas lagi. Kenyataan-kenyataan dalam tulisan beliau tunggang langgang dan tidak berasaskan fakta sebenar.

 



Comments
Loading...