Surat Terbuka Tun M Penuh Cerita Dongeng


mahathir_mohamad

(Malaysian Digest) – Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi nukilan surat terbukanya kepada ahli-ahli cawangan UMNO boleh diumpamakan seperti bercakap depan cermin.

Ini kerana segala tuduhan dan dakwaan Dr Mahathir hanyalah separuh benar atau tuduhan melulu semata-mata demi mencetuskan rasa tidak puas hati ahli UMNO kepada Najib.

Raja Petra Kamarudin berkata, kenyataan Dr Mahathir mengatakan beliau tidak pernah menyertai parti lain sungguhpun meninggalkan UMNO hanya kerana beliau akan kembali ke parti keramat itu sekiranya Najib berjaya disingkirkan.

“Mahathir, walaubagaimanapun, menyertai parti lain (ibarat menyertai geng dimana tiada borang perlu diisi atau ditandatangani dan caj dibayar). Dan beliau menyertai parti ini, bersama semua musuh UMNO, menyerang UMNO. Bahkan, dari 2006 hingga 2008 beliau berkempen menentang UMNO dan memberitahu rakyat Malaysia untuk menghukum UMNO dengan mengundi pembangkang.

“Dan pada Pilihan Raya Umum 2008, rakyat Malaysia lakukannya, seperti yang diperintah Mahathir,” katanya.

Dr Mahathir berkata, apa yang beliau lakukan terhadap UMNO pada waktu itu disebabkan beliau sayang kepada UMNO.

“Sekiranya begitu Mahthir sayangkan UMNO, saya risau apa yang akan dilakukan sekiranya beliau benci UMNO,” kata Raja Petra.

Menjelaskan kenyataan Dr Mahathir mendakwa pemimpin UMNO masih kekal dalam parti ekoran majoritinya takut akan Najib, Raja Petra berkata perkara tersebut lebih teruk pada 1987 dimana lebih setengah dari ahli UMNO menentang beliau.

“Mahathir menjadikan UMNO sebagai parti peribadinya dan menggunakan wang dan ugutan untuk mengekalkan ahli UMNO dalam parti. Ada dari kalangan ahli yang menentangnya diisytiharkan muflis. Beliau juga menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas pemimpin yang menentang beliau. Salah seorang daripadanya adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi),” katanya.

Ujarnya, sewaktu UMNO dibatalkan pendaftarannya ekoran majoriti ahli menentang Dr Mahathir, aset-aset UMNO dibekukan disamping parti menghadapi tekanan oleh pihak bank yang mengemukakan saman.

Tambah beliau, sebagai langkah mendapatkan dana bagi kempen pilihan raya 1990, Dr Mahahtir terpaksa merayu kepada tauke dan ahli perniagaan, dan sebagai balasan bekas Perdana Menteri itu menganugerahkan pelbagai kontrak perniagaan menjadikan UMNO dari parti politik kepada entiti korporat.

“Malah, Mahathir masih memegang kira-kira RM100-200 bilion kekayaan UMNO sebagai pemegang amanah. Mungkin Mahathir perlu memulangkan semula RM100-200 bilion kepada UMNO dan baru bercakap mengenai RM206 bilion yang diperoleh Najib didalam akaun peribadinya.

“… Mahahtir perlu jelaskan apa yang terjadi dengan RM100-200 bilion kekayaan UMNO. Beliau juga perlu menunjukkan bukti beliau sudan memulangkan RM100-200 bilion kepada UMNO. Dan beliau perlu menjelaskan mengapa beliau menyimpan RM100-200 bilion dana UMNO bukannya oleh parti.

“Dan jangan katakan pada saya bahawa saya perlu buktikan Mahathir memegang RM100-200 bilion wang UMNO, Menurut ‘peraturan permainan’ baru ini, tertuduh perlu buktikan beliau tidak bersalah dan bukannya pendakwa membuktikan kesalahan,” katanya lagi.



Comments
Loading...