1MDB: WANITA UMNO DESAK SIASATAN KE ATAS ‘MALAYSIAN INVESTIGATORS’ DAN ‘KERTAS SIASATAN PALSU’
Y.BHG DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
Saya merujuk kepada beberapa laporan daripada Wall Street Journal (WSJ) khususnya laporan pada 30hb Mac 2016 yang melaporkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak mengambil wang dari 1MDB dan WSJ juga mengakui bahawa wang USD1 billion diterima daripada Raja Saudi. Rakyat perlu tahu siapakah ‘Malaysian Investigators’ dan ‘kertas siasatan palsu’ yang dinyatakan di dalam laporan WSJ tersebut.
Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa, samada Polis atau Peguam Negara, untuk menyiasat identiti sebenar ‘Malaysian Investigators’ yang dimaksudkan oleh WSJ pada 2hb Julai 2015 yang telah memberi ‘kertas siasatan palsu’ menuduh Perdana Menteri mengambil wang 1MDB sebanyak USD 700 juta.
Ini amat penting kerana kami difahamkan pihak Peguam Negara ketika itu dengan terburu-buru telah membuat keputusan untuk menyiasat Perdana Menteri berlandaskan laporan ‘kertas siasatan palsu’ yang didakwa oleh portal WSJ. Tindakan ini jelas telah mencemar imej dan reputasi khususnya kepada YAB Perdana Menteri dan juga Negara secara amnya.